View: 123|Reply: 0
|
Mahkamah arah rampas harta, akaun bank Musharraf
[Copy link]
|
|
ISLAMABAD: Sebuah mahkamah Pakistan mengarahkan rampasan harta bekas presiden Pervez Musharraf yang kini tinggal dalam buangan dan pembekuan akaun banknya di sini berhubung tuduhan beliau gagal menyediakan kawalan keselamatan ke atas bekas perdana menteri yang dibunuh Benazir Bhutto, kata seorang peguam semalam.\rBhutto adalah perdana menteri wanita pertama dalam dunia Islam. Beliau dibunuh pada Disember 2007, ketika Musharraf menjadi presiden, dalam serangan senjata dan bunuh diri selepas satu perhimpunan pilihan raya di bandar Rawalpindi sejurus kembali daripada tinggal dalam buangan.\r\n\n\n\n\rSebuah mahkamah anti-keganasan Februari lalu mengeluarkan satu waran tangkap untuk Musharraf, yang kini tinggal dalam buangan di Dubai dan mengisytiharkannya seorang pelarian undang-undang selepas gagal memberi maklum balas.\r\r\n\n\n\n\nMahkamah kelmarin mengarahkan rampasan keseluruhan hartanahnya dan pembekuan akaun bank di Pakistan selepas beliau sekali lagi gagal memberi maklum balas terhadap tuduhan ke atasnya.\r“Mahkamah mengeluarkan arahan kerana beliau dituduh dalam kes itu dan gagal hadir di mahkamah,” kata Chaudhry Zulfiqar Ali, seorang pendakwa raya kerajaan kepada Reuters.\rRampasan hartanah termasuk sebuah rumah ladang di sini dan beberapa plot kediaman selain akaun bank bernilai 90 juta rupee (RM2.98 juta). – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|