View: 211|Reply: 0
|
Pertempuran di Libya perlu dihenti
[Copy link]
|
|
PBB mahu pemberontak, penyokong setia Gaddafi elak berbalas dendam\rTRIPOLI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak pemberontak dan kumpulan yang setia kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, supaya berhenti bertempur berikutan laporan bahawa kedua-dua pihak melakukan keganasan.\r\n\n\n\n\rJurucakap hak asasi manusia PBB, Rupert Colville, berkata, sukar untuk mengesahkan laporan mengenai pembunuhan dan penderaan tetapi menegaskan kejadian itu akan disiasat oleh Suruhanjaya Inkuiri mengenai Libya.\r\r\n\n\n\n\n“Kami menggesa semua pihak di Libya termasuk panglima perang, mengambil langkah aktif untuk memastikan tiada jenayah dan perbuatan balas dendam dilakukan,” katanya.\rPBB, sebelum ini berkata sebahagian tindakan ketenteraan di Libya boleh dikategorikan sebagai jenayah perang atau jenayah kemanusiaan.\rMayat pemberontak yang kelihatan seperti dihukum mati di perkarangan ibu pejabat Gaddafi tiba di hospital di Tripoli manakala krew Sky News kelmarin menemui mayat tentera Gaddafi dengan tangan terikat.\rSementara itu, lebih 1,000 pemberontak mengepung blok pangsapuri berhampiran ibu pejabat Muammar Gaddafi itu selepas ada laporan menyatakan bahawa bekas pemimpin Libya itu bersembunyi di bangunan berkenaan bersama anaknya.\r\n\n\n\n\rLaporan juga menyebut pemberontak cuma menanti masa menangkap Gaddafi di sebuah lagi tempat di Tripoli yang dipercayai menjadikan tempat beliau bermalam.\rBekas pemimpin Libya itu juga muncul di televisyen menyeru saki baki penyokongnya ‘membersihkan’ ibu kota itu daripada ‘tikus’ manakala jurucakapnya menegaskan Gaddafi, 69, masih selamat, sihat dan mengetuai pasukan mendapatkan kebebasan.\rHarapan untuk menangkap Gaddafi memuncak apabila pemberontak yakin beliau dan anaknya bersembunyi di dalam blok pangsapuri tidak jauh dari ibu pejabatnya di Bab al-Aziziya. \r“Mereka ada bersama. Hari ini kami akan menamatkan semuanya,” kata salah seorang pemberontak, Mouhammed Gomaa.\rDalam masa beberapa jam, kira-kira 1,000 pemberontak mengepung bangunan itu dan berbalas tembak dengan penyokong Gaddafi walaupun tiada bukti kukuh bekas pemimpin itu bersembunyi di dalam bersama keluarganya.\rBagaimanapun, agensi perisikan Britain, MI6 dan Pentagon, yang menggunakan pesawat pengintip untuk memintas komunikasi, menegaskan Gaddafi masih berada di Tripoli.\r“Semua petunjuk mengesahkan beliau masih berada di Tripoli,” kata sumber Pentagon. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|