|
Peneraju iPhone, iPad letak jawatan, Tim Cook ambil alihSAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Steve Jobs, meletakkan jawatan itu semalam atas alasan beliau tidak lagi mampu meneruskan tugas tetapi akan terus terbabit dalam mengemudi syarikat, salah sebuah firma teknologi paling berpengaruh dunia.\n\n\n\nTetapi, Trip Chowdhry, penganalisis firma Global Equities Research, menyifatkan pendirian Jobs yang benar-benar memastikan produk dikeluarkan bermutu adalah faktor memisahkan Apple daripada syarikat lain.\n\n\n\n\n\nKatanya, operasi pengeluaran Apple tidak akan terjejas buat beberapa tahun akan datang tetapi syarikat itu akan mengalami masalah menghasilkan produk pada masa depan.“Apple adalah Steve Jobs, Steve Jobs adalah Apple, dan Steve Jobs mewakili inovasi. Anda boleh ajar bagaimana untuk jadi berkesan, upah perunding untuk lakukannya tetapi hanya tuhan mencipta inovasi. Apple tanpa Steve Jobs tidak memberi apa-apa makna,” kata Chowdhry.Tindakannya dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan yang belum diketahui selepas beliau mengambil cuti bagi tempoh yang tidak dinyatakan sejak Januari lalu. Ketua Pegawai Operasi (COO) Apple, Tim Cook, dinamakan sebagai CEO.Dalam suratnya kepada lembaga pengarah syarikat dan ‘masyarakat Apple,’ Jobs berkata: “Saya selalu berkata, saya akan beritahu jika saya tidak lagi mampu memenuhi tugas dan harapan sebagai CEO Apple. Malang sekali, detiknya sudah tiba.”\n\n\n\nSyarikat itu berkata, Jobs memaklumkan peletakan jawatannya dan menyarankan Cook sebagai pengganti dan peneraju utama.Apple berkata, Jobs dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah dan Cook salah seorang ahlinya.Pelabur Apple sudah lama bimbang dengan kesihatan Jobs yang dianggap sebagai ‘tukang tilik industri’ kerana seolah-olah tahu apa yang diperlukan pengguna lebih awal daripada orang lain.Selepas pengumuman itu, nilai saham Apple jatuh 5.4 peratus dalam urus niaga selepas waktu pejabat.Pengarang Urusan berita online The Mac Observer, Jeff Gamet, berkata peletakan jawatan Jobs lebih bersifat sentimental dan menjangka ia tidak akan menjejaskan Apple.“Apa yang dilakukan oleh Apple ialah mengesahkannya dan sekarang Tim mengendalikan hala tuju Apple dan Steve masih terbabit memastikan produk dikeluarkan memenuhi taraf Apple.“Saya jangka meskipun ramai ketika ini bersedih atau takut kerana Steve tidak lagi menjadi CEO, pada akhirnya semuanya kembali seperti biasa,” kata Gamet. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|