CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Bandar raya New York, Washington bergegar

[Copy link]
Post time 25-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gempa di pusat bandar dirasai sehingga ke TorontoWASHINGTON: Gempa bumi luar biasa melanda bahagian pantai timur Amerika dan Kanada kelmarin, menggegarkan bangunan dan memaksa pengosongan bangunan pejabat di beberapa bandar dan menangguhkan penerbangan di New York. \rPada masa sama, pihak berkuasa memulakan langkah berjaga-jaga berikutan taufan Irene yang sedang bergerak dari Caribbean dan dijangka membadai wilayah itu hujung minggu ini.\r\n\n\n\n\rTiada sebarang laporan kemusnahan teruk atau kecederaan akibat gempa bumi dengan magnitud 5.9  yang dilaporkan Jabatan Geologi Amerika Amerika sebagai berpusat di Mineral, Virginia pada kedalaman satu kilometer. \r\r\n\n\n\n\nTiga menara di Gereja Nasional Washington, kawasan perkuburan negeri untuk beberapa Presiden Amerika Syarikat rosak dan patah, manakala tempat kongres bersidang, US Capitol mengalami kerosakan kecil kelmarin akibat gempa bumi. \rPengarah komunikasi gereja Episcopal, Richard Weinberg, berkata menara pusat setinggi 30 tingkat mengalami kerosakan ketara dengan tiga corak bunga lili pecah dan jatuh. \rGereja Nasional dengan berat 150,000 tan dan dibina menggunakan batu kapur dan mengambil masa 83 tahun untuk disiapkan adalah puncak yang tertinggi di  Washington. \rKakitangan Pentagon dan US Capitol diarah mengosongkan bangunan. Pekerja pejabat yang panik keluar ke jalan di bandar itu selepas waktu makan tengah hari yang menyebabkan peralatan pejabat jatuh dari rak serta tempat penyimpanan.\r\n\n\n\n\r“Kami dapat berasa gegarannya,” kata Larry Beach yang bekerja di Agensi Perkembangan Antarabangsa Amerika Syarikat di pinggir Washington, yang terletak kira-kira 133 kilometer dari pusat gempa. \rDi NEW YORK, gegaran turut memaksa mahkamah dan majlis bandaran dikosongkan, manakala kerja pembinaan di tapak Pusat Dagangan Dunia ditangguhkan. \rMenara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di bandar raya New York dan Lapangan Terbang Newark Liberty di New Jersey turut dikosongkan dan penerbangan ditangguhkan sementara pihak berkuasa memeriksa menara kawalan dan landasan.\r“Kami harap dalam menyambung operasi. Kami bercakap mengenainya berjam-jam,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey. \rTidak jelas sama ada sebarang kerosakan atau kecederaan di New York, tetapi jabatan bomba dan pegawai polis di Dutchess County, utara bandar raya New York melaporkan kerosakan struktur pada sesetengah bangunan.\r“Kami menerima banyak panggilan mengenai bangunan bergegar, tetapi tiada laporan kerosakan struktur buat masa ini, hanya orang ramai yang panik menghubungi mengenai bangunan bergegar,” kata jurucakap jabatan Bomba bandar raya New York. \rBangunan di Boston turut dikosongkan, sementara saksi memberitahu yang gempa turut dirasai sejauh Toronto.\rLampu trafik juga tidak berfungsi di seluruh Washington dan unit di loji nuklear Virginia turut terputus berikutan gempa itu.   – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.053866 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list