CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Kembali di puncak

[Copy link]
Post time 23-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Prestasi Zaquan melonjak legakan AzraaiAYAM tambatan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sudah hampir kembali ke tahap prestasi asal dan perkhabaran ini harus melegakan jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.\rPenyerang harapan Hoben Jang Hoben itu akan terus diberi ruang beraksi dalam perlawanan persahabatan membolehkannya meningkatkan lagi keyakinan diri menjelang tirai saingan Piala Malaysia, 6 September ini.\r\n\n\n\n\r  Zaquan yang sebelum ini terpaksa berehat panjang berikutan kecederaan lutut dialaminya, mula beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Sarawak di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu lalu, yang berkesudahan Negeri Sembilan menang, 2-1.\r\r\n\n\n\n\n  Sebelum itu Negeri Sembilan mengadakan perlawanan dengan Johor FC di tempat lawan yang berkesudahan seri 1-1.\rPengendali pasukan akur betapa dia lega dengan perkembangan positif  ditunjukkan anak didiknya itu dalam  perlawanan itu.\r“Sekali pun Mohd Zaquan belum mencapai tahap prestasi maksimum, persembahan ketika menentang Sarawak sudah menunjukkan petanda positif. Saya mahu uji dia lagi apabila menentang Johor, Rabu ini (esok) dan Selangor, Sabtu ini, di Paroi,” katanya semalam.\rNegeri Sembilan yang diletakkan dalam Kumpulan B bersama Terengganu, Selangor PKNS dan Sime Darby, amat mengharapkan khidmat Zaquan dalam misi mereka merampas kembali trofi kejuaraan Piala Malaysia yang terlepas kepada Kelantan, musim lalu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.050074 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list