|
Punca tewas kepada Lin Dan; bukan faktor mental lemahPERASAAN \'ghairah\' memenangi Kejohanan Badminton Dunia pertama dirumuskan faktor menyebabkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei tumbang kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada final kejohanan berprestij itu di London, Ahad lalu.\n\n\n\n Hujah itu disuarakan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang menegaskan kekalahan pemain nombor satu dunia 22-20, 14-21, 21-23 dalam perlawanan sengit selama 86 minit itu bukan disebabkan masalah kecergasan atau mental seperti yang dipersoal pihak pengkritik.\n\n\n\n\n\n “Sebenarnya, mental dan kecergasan bukan faktor utama kerana kita dapati tidak ada lagi jurang yang memisahkan kedua-dua pemain itu. Cuma yang menjadi faktor adalah keinginan tinggi Chong Wei yang mahu menang menyebabkan dia sedikit tertekan,” katanya semalam.Dr Ramlan berkata, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah memastikan Chong Wei menggunakan strategi dan taktik permainan yang tepat untuk menewaskan musuh ketatnya dan pihaknya akan bekerjasama dengan jurulatihnya, Tey Seu Bock.“Selepas memenangi set pertama, Chong Wei sepatutnya cuba menamatkan permainan pada set kedua dengan terus mengasak Lin Dan. Ini pasti akan memberi tekanan kepada jaguh China itu, tetapi Chong Wei tampak mengendurkan rentaknya pada set kedua menyebabkan lawan menang untuk mengheret perlawanan ke set penentuan,” katanya. Ketika ditanya sama ada faktor usia akan menjejaskan cabaran Chong Wei untuk menamatkan kemarau pingat emas negara di Sukan Olimpik tahun depan, Dr Ramlan menegaskan ia tidak memainkan peranan penting.\n\n\n\n“Apa yang memainkan peranan penting ialah keinginan tinggi dan kecergasan seseorang pemain itu. Jika Chong Wei mempunyai kedua-dua aspek itu, saya yakin peluangnya cerah kerana kita lihat persaingan kini masih antara dia dan Lin Dan.“Ketika jurang bukan lagi memisahkan kedua-duanya, hanya taktik dan strategi permainan yang tepat serta tuah pada hari perlawanan yang akan menentukan siapa yang muncul pemenang,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|