|
ILMU yang dipelajari ketika berlatih di Jerman dan Perancis kira-kira 10 tahun lalu dilihat menjadi aset terbaik buat Juzaili Sameon untuk membantu FELDA United mencari keputusan cemerlang dalam saingan Piala Malaysia musim ini.\rWalaupun kian dimamah usia, bekas pemain skuad Bawah 23 tahun kebangsaan itu tetap memasang impian untuk membantu pasukannya dan rakan pemain muda untuk berdepan saingan sengit Kumpulan C yang turut membabitkan juara bertahan Kelantan, Johor FC dan Sarawak.\r\n\n\n\n\r “Kelantan memang diakui pasukan pilihan dan menjadi ujian terbesar kami, namun saya yakin kami (FELDA) tetap berpeluang merebut satu lagi slot untuk ke peringkat suku akhir.\r\r\n\n\n\n\n “Walaupun saya sudah menjangkau 30 tahun, saya akan menggunakan sebaik mungkin pengalaman lalu untuk membantu pemain muda lain bagi memastikan FELDA melepasi peringkat kumpulan,” katanya, semalam.\rSkuad bimbingan E Elavarasan itu mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebagai medan persiapan menjelang bermula saingan Piala Malaysia, 6 September ini.\r“Saya sasarkan kami mara ke final, tapi yang penting semua pemain perlu lakukan yang terbaik bagi pastikan kami melangkah jauh. Saya juga berharap rakan sepasukan dapat membantu Nizaruddin Yusof menjaringkan 20 gol dalam saingan Piala Malaysia musim ini seperti yang ditetapkan pengurusan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|