CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

London kota fesyen 2011

[Copy link]
Post time 18-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ikon  Britain pengaruhi kedudukan\rLOS ANGELES: London mengatasi New York sebagai ibu negara fesyen bagi 2011, didorong minat media dalam rekaan warga British mendiang Alexander McQueen dan Kate Middleton, kata firma penyelidikan  Global Language Monitor.\r\n\n\n\n\rDalam satu kajian membabitkan kekerapan publisiti yang disiarkan media cetak dan elektronik, kedudukan London melonjak dari tempat ketiga ke tangga pertama pada 2011, menewaskan New York yang berada di atas sejak beberapa tahun kajian itu dijalankan.\r\r\n\n\n\n\n“Kami melihat kesan dua bintang dan ikon media, Kate Middleton dan Alexander McQueen yang mampu meningkatkan ranking London sebagai kota fesyen global,” kata  penganalisis fesyen firma penyelidikan Global Language Monitor, Bekka Payack.\rBeliau berkata, Kate menjadi ikon fesyen antarabangsa selepas pertunangan dan perkahwinan dengan pewaris takhta Britain, Putera William pada April lalu. \rMcQueen membunuh diri pada 2010, tetapi jenama fesyennya terus berkembang. \rLima ibu negara fesyen terkemuka dunia adalah Paris di tangga ketiga, diikuti Milan dan Los Angeles, manakala Berlin dan Singapura menyertai 10 teratas untuk kali pertama sejak kajian itu dijalankan lapan tahun lalu.  –  Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.051304 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list