CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Tradisi juadah iftar dikekal

[Copy link]
Post time 18-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk Makkah sedia hidangan berbuka puasa bagi orang miskin\rMAKKAH: Setiap tahun, ramai penduduk Makkah menyertai ‘misi’ menyediakan juadah berbuka puasa untuk membantu jemaah berbuka di kawasan Masjidilharam. Penduduk tempatan mengekalkan tradisi turun-temurun daripada ibu bapa dan nenek moyang mereka.\r\n\n\n\n\rSeorang penduduk Makkah, Haydar Amoun, 56, berkata setiap Ramadan beliau mengumpulkan anak dan cucu lelakinya untuk menyediakan juadah iftar bagi orang miskin dan jemaah.\r\r\n\n\n\n\nAkhbar Arabnews melaporkan mereka mengambil masa beberapa jam sebelum waktu berbuka untuk mengagihkan juadah di kejiranan penduduk miskin. Juadah berbuka yang diagihkan termasuk oren, pisang, biskut, tamar dan air.\r“Kami mempunyai bajet untuk ini yang mula dikumpulkan beberapa bulan sebelum Ramadan. Kami tidak mengharapkan apa-apa selain balasan Allah.\r“Kami menyasarkan kawasan penduduk miskin dan mengagihkan makanan di kalangan penduduk miskin dan memerlukan. Selebihnya kami agihkan kepada jemaah yang ke Masjidilharam,” katanya.\rPenduduk Makkah, Hosni Labban,  berkata beliau mengagihkan air sejuk kepada jemaah setiap tahun sebagai tambahan kepada susu dan tamar.\r\n\n\n\n\rJuadah yang disediakan Labban agak terhad berikutan itu beliau hanya menyediakan 50 beg yang mengandungi air sejuk dan susu untuk tiga hari.\r“Saya menyasarkan pengguna jalan raya yang tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka puasa. \r“Saya sering memberitahu mereka supaya memandu dengan perlahan ketika mengagihkan beg makanan itu,” katanya.  \rLabban mewarisi tradisi itu daripada bapanya yang meninggal dunia sembilan tahun lalu. Beliau berkata bapanya meminta meneruskan amalan itu sebelum beliau meninggal dunia. Labban turut mengajak anaknya untuk mengikuti jejaknya.\rSeorang lagi penduduk, Sharaf Abdul Lateef, 45, berkata menyediakan juadah berbuka untuk pengunjung dan jemaah umrah adalah kerja yang mulia bagi umat Islam.\rBeliau turut mewarisi tradisi itu daripada bapanya dan menyambungkan kepada anak lelaki berusia enam tahun. \r“Setiap hari saya membawa tamar yang banyak dan air zam zam sejuk menuju ke Masjidilharam. Saya dana anak lelaki mengagihkan tamar dan air kepada jemaah di kawasan tawaf sebelum waktu berbuka. Saya bangga anak lelaki saya seronok melakukan perkara ini. Saya pastikan makanan yang dibawa diagihkan sebelum saya berbuka,” katanya. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063765 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list