CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71391|Reply: 425

Raya nanti kita kahwin -[U]

  [Copy link]
Post time 17-8-2011 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 11-11-2011 02:04

Yasmin yang sedang melipat kain baju di depan tv naik hairan dengan tingkah Hana yang asyik termenung dan sekejap-sekejap mengeluh.
Dipandangnya Hana yang duduk di sebelahnya tapi Hana seperti hanyut dalam dunianya sendiri.

“Kau kenapa ni Hana.
Dari tadi asyik mengeluh aja.
Kurus puasa hari ni” Tegur Yasmin sambil tanganyya melipat kain baju yang penuh sebakul.

“Mak Hana la kak.
Dia suruh Hana balik kampung.
Nak bincang apa tah.
Hana tanya dia taknak cakap, tapi asyik la suruh balik.
Bila Hana kata ada kerja dia kata Hana dah tak sayang dia lak” Cerita Hana sambil mengeluh perlahan.

Tetiba Hana duduk tegak.
Yasmin pelik melihatkan gelagat Hana.
Apahal lak budak sorang ni... takkan tekanan perasaan melampau pulak.

“Kaakkkkk.....”panggil Hana manja dengan muka mengharap.

“Hah, nak apanya panggil macam tu?”soal Yasmin sambil matanya sesekali menonton Berita.

“Hana nak minta tolong akak.
Hana dah janji dengan Ungku Hadi”pinta Hana penuh mengharap.

Ish, budak ni takkanlah nak suruh aku ganti tempat dia lak.
Yasmin berkira apa lak nak dijawabnya pada Hana.
Sudahnya Yasmin hanya memandang ke arah Hana tanpa bertanya lebih lanjut.

“Ermmm... boleh tak akak gantikan Hana untuk minggu ni aja?
Nanti Hana bagilah duit kat akak.
Tolong la kak.
Akak ajalah tempat Hana minta tolong”

Kata dah, dia mesti nak minta tolong aku gantikan dia.
Buatnya terjumpa budak-budak opis apa la aku nak cakap nanti.
Mesti kecoh... bos buat part time cleaner sebab hutang along.
Takpun bos buat part time tak declare dengan bos besar... tak pasal-pasal kena amaran.

“Akak, tolong la.
Hana terdesak sangat ni.
Hana dah sign kontrak... kalau Hana tak datang Ungku takkan bayar langsung untuk bulan ni” pinta Hana penuh mengharap.

Otak Yasmin laju berfikir.
Kesian pulak mendengarkan permintaan Hana.
Hari cuti memang dia tak ke mana-mana.
Habis kemas rumah dia memasak dan menengok tv aja.
Dapat gak duit poket kalua ganti tempat Hana.

“okey” balas Yasmin pendek.

Lega Hana kerana tak perlu memujuk rayu Yasmin.
Terdetik juga rasa hairan di hati tapi dibiarkan sahaja asalkan Yasmin sanggup menggantikannya.

“hah, nanti tulis apa yang akak kena buat.
Kain baju ni tolong siapkan.
Akak nak tidur... esok nak keluar awal ada meeting kat Putrajaya”Yasmin menaikkan kening sebelum masuk ke biliknya.

Hana memandang sahaja langkah Yasmin ke biliknya.
Dalam hati Hana tiba-tiba terfikir kenapa la orang sebaik Yasmin masih belum bertemu jodoh.
Umur pun dah nak masuk 30 tahun tapi tak nampak pun tanda-tanda nak berkahwin.
Mungkin sibuk sangat sebagai bos sampaikan tak sempat fikir pasal kahwin.

Hana teringat perkenalannya dengan Yasmin 3 tahun lepas...

"Kak, ada orang duduk sini tak?" seorang gadis berbaju kurung yang lusuh menegur seorang wanita gempal yang sedang asyik makan yong tau foo tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.  Wanita tersebut mengangkat muka dan menghadiahkan senyum sambil tangannya menunjukkan arah kerusi yang kosong tanda mempersilakan gadis tersebut duduk.

Wanita tersebut pada mulanya tidak begitu menghiraukan gadis yang dipelawanya duduk sekali.  Cuma dia agak hairan melihatkan gadis itu hanya duduk tanpa membeli apa-apa makanan atau minuman.  Namun akhirnya dia wanita tersebut dapat mengagak yang gadis itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan.

"Siapa nama adik?" wanita itu cuba beramah mesra dengan gadis di depannya.

"Norahana kak" jawabnya sambil tersenyum sedikit.

"Akak, Yasmin.  Adik ni tunggu sesiapa ke?" tanya Yasmin walaupun hatinya agak ayakin yang gadis di depannya seakan menghadapi masalah.

Hana hanya menggeleng kemudian menundukkan kepalanya.  

"Hmm... ada apa-apa yang akak boleh bantu Hana?" soalan Yasmin cuma dibalas dengan pendangan yang tampak muram.

Akhirnya setelah berbual-bual, Yasmin mendapat tahu Hana baru ditawarkan kerja sebagai kerani di pejabat peguam tetapi tidak mempunyai tempat tinggal.  Atas dasar kasihan, Yasmin menawarkan Hana tinggal bersamanya.  Sejak itulah perhubungan mereka semakin rapat seperti adik-beradik sementelah Yasmin sendiri sebatang kara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2011 12:07 PM | Show all posts
Yasmin tiba di rumah Ungku Hadi pukul 7 lebih.  Dengan menggunakan kunci pendua yang diberi Hana, dibuka perlahan pintu besi dan pintu kayu perlahan-lahan tidak mahu mengejutkan penghuninya. Yasmin terus ke bilik kecil di dapur untuk menyimpan beg yang dibawanya.  Hana telah menerangkan serba sedikit tempat simpanan peralatan yang diperlukannya dan bilik yang boleh digunakan sepanjang Yasmin berada di rumah Ungku Hadi.

Selesai menukar baju, Yasmin ke dapur basah mencari penyapu dan pengaut sampah bagi memulakan kerjanya.  Dicapainya juga kain buruk untuk mengelap apa yang patut.  Lantai di ruang tamu mula disapunya.  Kusyen-kusyen yang berserak ditepuk-tepuk dan disusunaturnya kembali.  Yasmin tertarik dengan hiasan dalaman Ungku Hadi... tentu mahal dan menggunakan khidmat perunding desis hati kecilnya.  Yasmin sedar dia tidak mampu untuk menghias rumahnya secantik ini memandangkan gaji sebagai pegawai kerajaan tidak sebesar mana.  Sampai di meja makan Yasmin nampak bekas polesterin berisi nasi goreng dan kotak susu strawberi masih berada di meja.  Dibawanya bekas-bekas tersebut ke dapur untuk dibuang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:57 PM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 08:09 AM | Show all posts
salam dan selamat pagi semua.
PH
xcukup le...
sambung bile free eik
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:27 PM | Show all posts
BEST INTRO........SAMBUNG....SAMBUNG ....{:1_136:}
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 04:50 AM | Show all posts
Laaa.. ingatkan habis terus.. panjang lagi rupanya.. nice try
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2011 12:11 PM | Show all posts
cerita sempena hari raya nih....sila2 sambung lagi ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2011 02:40 PM | Show all posts
Yasmin tiba di rumah Ungku Hadi pukul 7 lebih.  Dengan menggunakan kunci pendua yang diberi Hana, dibuka perlahan pintu besi dan pintu kayu perlahan-lahan tidak mahu mengejutkan penghuninya. Yasmin terus ke bilik kecil di dapur untuk menyimpan beg yang dibawanya.  Hana telah menerangkan serba sedikit tempat simpanan peralatan yang diperlukannya dan bilik yang boleh digunakan sepanjang Yasmin berada di rumah Ungku Hadi.  Rumah yang berkeluasan lebih kurang 1000 kaki persegi itu tidaklah sesusah manapun untuk dibersihkan fikir Yasmin.

Selesai menukar baju, Yasmin ke dapur basah mencari penyapu dan pengaut sampah bagi memulakan kerjanya.  Dicapainya juga kain buruk untuk mengelap apa yang patut.  Lantai di ruang tamu mula disapunya.  Kusyen-kusyen yang berserak ditepuk-tepuk dan disusunaturnya kembali.  Yasmin tertarik dengan hiasan dalaman Ungku Hadi... tentu mahal dan menggunakan khidmat perunding desis hati kecilnya.  Yasmin sedar dia tidak mampu untuk menghias rumahnya secantik ini memandangkan gaji sebagai pegawai kerajaan tidak sebesar mana.  Sampai di meja makan Yasmin nampak bekas polesterin berisi nasi goreng dan kotak susu strawberi masih berada di meja.  Dibawanya bekas-bekas tersebut ke dapur untuk dibuang.

"Er... ni Timah kan?" suara lelaki di belakang Yasmin yang sedang mengelap meja makan membuatkan kerjanya terhanti seketika.

Jap, Timah? Timah mana lak? Yasmin mempamerkan muka pelik kepada Ungku Hadi yang hanya bersinglet pagoda dan berkain pelikat.  

Ungku Hadi turut mempamerkan riak pelik apabila Yasmin berkeadaan begitu.

Alamak!  Aku la Timah tu.  Yasmin terlupa yang dia minta Hana perkenalkan dirinya sebagi Timah semasa berada di rumah Ungku Hadi.

"Ya, ya... Saya Timah yang gantikan Hana.  Maaf Ungku, saya tengah berfikir tadi.  Tu yang melayang sekejap" apa punya alasan la aku buat ni.

Jawapan spontan pengganti Hana menimbulkan rasa hairan di hati Ungku Hadi.  Ish, betul ke ni pengganti Hana.  Apasal pelik aja cara menjawabnya.

"Takpelah, awak buat la apa yang patut.  Rasanya Hana dah beritahu kan?"

Yasmin hanya memandang Ungku Hadi yang berjalan ke arah bilik tidurnya.  Ish, apasal la aku boleh lupa nama aku ni Timah.  Yasmin kemudian menruskan kerja mengelap meja dan kabinet-kabinet di ruang tamu Ungku Hadi.  Sambil mengelap Yasmin memikirkan bahan-bahan yang belum ada untuk dia memulakan operasi membuat biskut raya.  Raya ada tiga minggu lagi... kalau seminggu Yasmin dapat buat tiga jenis, dapat la 9 jenis menjelang raya nanti.  Teringat Yasmin pada resepi-resepi biskut terkini dalam majalah resepi keluaran khas Aidilfitri.  Cantik-cantik sungguh design biskut sekarang fikir Yasmin sambil tangannya mengelap lantai dapur pula.

Dalam bilik, Ungku Hadi masih memikirkan tentang pengganti Hana. Kenapa dia tergagap-gagap masa aku tanya tadi?  Ntah-ntah dia ni bukan Timah, kalau perisik macam mana.  Serentak itu pula Ungku Hadi tergelak memikirkan anggapan melampaunya... macamlah aku ni orang penting dalam Kerajaan sampaikan perisik menyibuk kat rumah ni.  Hmm... kena buat eksperimen ni.  Kita tengok la ya Cik Timah lulus ke tak ujian ni.

"Timah" panggil Ungku Hadi yang duduk bersandar di depan tv sambil tangannya membelek suratkhabar di meja kopi.

Yasmin segera ke ruang tamu bila dengar nama dipanggil.  Sampai di ruang tamu, Yasmin lihat Ungku Hadi masih bersinglet dan berkain pelikat.  Alahai, kalau dah namanya orang kaya pakai la elok-elok sikit... ni macam orang kampung aja.  Sempat pula Yasmin mengutuk dalam hati.  

"Ya Ungku" jawab Yasmin sambil matanya tak lepas menganalisis jenama kain pelikat yang dipakai Ungku Hadi... cap Gajah Duduk atau Gajah Kursi.  Singlet tu nampak macam cap pagoda atau scuba aja.  Hish, apa la aku ni bulan-bulan puasa ngutuk orang dalam hati.

"Petang ni saya nak awak masakkan asam pedas ikan parang letak daun kesum" beritahu Ungku Hadi sambil matanya terus memandang suratkhabar yang dipegangnya.

Yasmin terdiam seketika... Hana ni takde lak cakap apa-apa pasal ni.  Hmm... ada ke ni?  Yasmin baru aja ingat nak meninjau-ninjau bazar Ramadhan di Pekan Sungei Besi petang nanti.  Teragak nak makan nasi ambeng makcik gerai no.  3 tu.

"Kenapa diam?  Awak tak tahu masak ke?" soal Ungku Hadi tanpa memandang ke arah Yasmin.

Soalan Ungku Hadi ternyata menyebabkan Yasmin angin satu badan.  Ada gak aku hempuk pakcik ni karang.  

"Saya bukannya tak tahu masak.  Cuma bahan-bahan nak masak ada ke?"  jawab Yasmin sedikit geram.  

Muka Yasmin yang kelat dipandang, dalam hati Ungku Hadi dah gelak sakan.  Ni comfirm bukan Timah... aku tak pernah suruh si Hana tu masak.  Tapi alang-alang bunyi jawapan Yasmin macam sanggup aja... baik aku teruskan.  Tak payah pening memikirkan nak berbuka di mana nanti.

"Okay, 10 minit lagi kita keluar gi pasar" beritahu Ungku Hadi sambil menuju ke biliknya.  Yasmin yang mendengar tercengang-cengang.  Budak Hana ni bertuah betul la, takde lak dia cakap aku kena gi pasar dan masak untuk Ungku ni.  Ish, ada ke takde ya... rasanya macam takde cakap aja.  Dalam pada berfikir tu Yasmin bersiap juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2011 05:31 PM | Show all posts
Yasmin sedang mengikat plastik sampah semasa Ungku Hadi sampai di ruang tamu.  Saiz rumah yang agak comel membolehkan Ungku Hadi melihat dengan jelas kerja yang sedang dibuat Yasmin.

"Saya dah siap.  Kita gerak sekarang" panggil Ungku Hadi bila dilihatnya Yasmin mengambil kain buruk untuk mengelap lantai tempat bakul sampah diletakkan.  Yasmin hanya mendongakkan kepala lalu mengangguk tanda memahami arahan Ungku Hadi.  Lantas tangannya mencapai plastik sampah yang telah diikat dan dibawa bersama.  Yasmin menjinjing 2 beg plastik sampah untuk dibuang dalam perjalanan ke kereta Ungku Hadi nanti.

Hmm, kesian pulak aku tengok si Timah ni.  Hana tak pernah buang sampah, paling-paling pun dia cuma ikatkan dan aku la tukang buangnya.  Takpe, tengok aja la takat mana cik Timah ni larat nak berlakon.

Hmm... macam ni la agaknya kerja Hana selama ni fikir Yasmin.  Rajin betul dia, sanggup buat kerja macam ni semata-mata nak senangkan mak dan adik-adik dia.  Tapikan, tak gentlemannya Ungku ni... kalaupun dia bos takkanlah takleh tolong perempuan yang tak berapa banyak kederat macam aku ni.  Bulan puasa ni cuba-cubalah buat amal sikit Ungku oi.

Yasmin terpempan bilamana Ungku Hadi yang sedang menunggu lif menoleh ke arahnya.  Ish,  dia dengar ke?  Rasanya aku cakap dalam hati aja.  Mengutuk dalam hati pun berdosa gak Yasmin oi.

Ungku Hadi rasa tak selesa juga bila membiarkan Yasmin mengangkat sampah sampai 2 plastik besar.  Tapi, kalau dia wanita biasa mesti dah buat muka minta tolong.  Hanya mereka yang specially trained aja yang steady buat kerja-kerja macam ni.  

Ungku Hadi melangkah ke arah keretanya dan menghidupkan keretanya sambil menunggu Yasmin.

Mata Yasmin melilau mencari kereta Ungku Hadi.  Silapnya juga tadi tidak bertanya sebelum pergi membuang sampah.  Tapi rasanya hanya sebuah kereta sahaja yang berbunyi enjinnya.  Ish, takkanlah kereta tu.  Mana lak aku nak duduk nanti.  Macam-macam yang Yasmin fikirkan... kalau budak opis nampak la, kalau bos nampak la.

Ungku Hadi rasa lama sangat menunggu cik Timah yang pergi membuang sampah.  Apa yang dibuangnya sampai berjam-jam.  Ish, mula la aku nak syak dia tengah mereport kat bos dia.  Tapi bila aku tengok-tengok takde la nampak macam perisik.  Akhirnya Ungku Hadi keluar dari kereta meninjau ke mana perginya cik Timah.  Sebaik keluar Ungku Hadi nampak cik Timah berdiri aja sebelah tiang parking.  Laa... apa dibuatnya sebelah tiang tu.

"Timah, bila lagi nak gerak ni?"tegur Ungku Hadi pada Yasmin yang teragak-agak di sebelah tiang.

"naik kereta ni ke?" Yasmin teragak-agak bertanya sambil memandang ke arah Fairlady warna hitam berkilat.

"hah, kenapanya?" Ungku Hadi masuk semula ke dalam kereta.

Yasmin masuk ke dalam kereta bila Ungku Hadi membunyikan hon tanda menyuruhnya cepat masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 12:19 PM | Show all posts
bestnya cite..smbg lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 12:39 PM | Show all posts
permulaan yg best
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 12:42 PM | Show all posts
sambung la lagi..mmg best la
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 11:29 PM | Show all posts
bazar Ramadhan di Pekan Sungei Besi tempat saya ni ......
tapi beli nasi ambeng kat adik yg jual di pasar ramadhan desa tasik je...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 09:50 AM | Show all posts
best la pulak cite nih... boleh dak sambung cepat2....   cite ni abis sebelum raya ker???
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 02:58 PM | Show all posts
sambung lg
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 09:10 AM | Show all posts
best...best.....sambung lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2011 09:18 AM | Show all posts
cambest ^_^
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2011 01:07 PM | Show all posts
bazar Ramadhan di Pekan Sungei Besi tempat saya ni ......
tapi beli nasi ambeng kat adik yg jual di ...
qimi08 Post at 20-8-2011 23:29



    nasi ambeng kat desa tasik tu ada lagike?  hari tu pergi takde.  gerai dia hampur dengan nasi lemak batu pahat tu kan? kalau ada petang ni nak beli.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply 18# produkherba

hari sabtu hari tu ada (semalam x pergi pulok) saya suka lauk ayam nasi ambeng tu...
kalau hari biasa (bkn blm ramadhan) dia memang jual gerai dia kat dlm sikit
lorong pasar malam (isnin - jumaat)
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 02:15 PM | Show all posts
Dah nak raya ni....dan tak nk nikah kan mereka ni..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.303623 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list