|
Kemudahan ditawarkan masih tarik minat kukuh pelabur asing\rMALAYSIA berada pada landasan kukuh untuk menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah AS$10 bilion (RM30 bilion) tahun ini di sebalik persekitaran ekonomi yang rapuh, khususnya membabitkan negara pelabur ketiga terbesarnya, Amerika Syarikat (AS).\r\n\n\n\n\r Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata kemudahan yang ditawarkan Malaysia masih menarik minat kukuh di kalangan pelabur asing khususnya dengan beberapa inisiatif disediakan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).\r\r\n\n\n\n\n “Kita kini mempunyai banyak pilihan pelaburan dan tidak lagi bergantung kepada satu atau dua sumber pelaburan seperti AS atau Eropah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Perkhidmatan Perniagaan Shell (SBSC) di Cyberjaya, semalam.\rTahun lalu FDI ke Malaysia mencecah AS$9.1 bilion (RM27.3 bilion), sekali gus muncul negara Asia mencatatkan peratus kenaikan tertinggi berbanding tahun sebelumnya.\rPrestasi itu dijangka dikekalkan tahun ini dengan keyakinan beberapa firma terkemuka dunia menambah pelaburan masing-masing di Malaysia, antaranya Shell yang secara keseluruhannya melabur RM5.1 bilion tahun ini.\rTerdahulu, pada majlis itu Shell yang juga antara firma minyak dan gas terawal beroperasi negara ini mengukuhkan lagi pelaburannya di negara ini dengan rancangan menambah 900 lagi pekerja berpengetahuan di SBSC dalam tempoh dua tahun lagi.\r\n\n\n\n\rSBSC Malaysia yang berfungsi sebagai pusat perkhidmatan global firma berkenaan kini disokong 2,100 kakitangan iaitu satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kakitangan Shell di negara ini, yang mana 90 peratus daripadanya adalah rakyat tempatan. \rPengarah Urusan (Perniagaan Hiliran) Shell Malaysia, Azman Ismail, berkata SBSC di Cyberjaya itu adalah yang kedua terbesar dikendalikan Shell pada peringkat global.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|