|
Yakin bangkit, lupakan detik tewas kepada Lin DanLEE Chong Wei yang pulang ke tanah air dari London, semalam mengakui dia harus mengubah corak permainannya yang mudah dibaca lawan andai memasang impian besar untuk memburu pingat emas Sukan Olimpik 2012.\n\n\n\n “Saya akan bangkit dan melupakan detik kecewa ini. Ia bukan penamat dan tumpuan utama adalah Olimpik tahun depan,” katanya.\n\n\n\n\n Pemain nombor satu dunia itu juga percaya sudah tiada lagi jurang dari segi corak permainan di antara dia dan Lin Dan. Dia percaya akan ada perubahan baru andai kedua-dua pemain itu bertembung dalam final kejohanan besar dunia, termasuk Olimpik nanti.Dalam final Kejohanan Dunia, kelmarin Chong Wei tewas 22-20, 14-21, 21-23 kepada Lin Dan yang juga kekalahan ke-17 daripada 25 pertemuan sejak 2004\'Saya tidak gentar lagi\'WALAUPUN sekali lagi tunduk kepada Lin Dan yang meleburkan terus impiannya memenangi Kejohanan Dunia, tetapi jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei menyifatkan masih terdapat elemen positif di sebalik kekalahan kepada musuh tradisi itu di final kelmarin.“Saya kini lebih yakin dan tidak gentar lagi bertemu jaguh China itu. Jika sebelum ini corak permainan saya agak ketinggalan, tetapi kini saya dapati permainan kami lebih seimbang dan saya mampu menyainginya.“Peluang untuk menang juga 50-50 dan faktor tuah turut memainkan peranan penting seperti yang berlaku semalam (kelmarin) apabila nasib lebih memihak Lin Dan,” katanya semalam.Kekalahan 22-20, 14-21, 21-23 kepada Lin Dan pada final kelmarin adalah kekalahan keduanya daripada tiga pertemuan tahun ini dan juga ke-17 daripada 25 pertemuan sejak 2004.Kekalahan itu juga menyaksikan impian besar pemain berusia 29 tahun itu memenangi kejohanan berprestij itu buat pertama kali musnah selepas gagal dalam lima percubaan sebelum ini dan Lin Dan pula ceria dengan kejuaraan keempatnya selepas 2006, 2007 dan 2009.Chong Wei berkata, dia juga berpuashati dengan corak permainan dan bercadang mempertajamkan serta mempelbagaikan lagi bagi mengelakkan bergantung kepada satu corak yang mudah dibaca lawan.“Lin Dan mempunyai beberapa corak permainan. Dia menukarnya selepas tewas set pertama dan saya terperangkap apabila dia mudah memenangi set kedua. Jadi, saya perlu mempelbagaikan lagi corak permainan,” katanya.Chong Wei juga menegaskan kegagalan di Wembley tidak melunturkan semangatnya dan kini menghalakan tumpuan untuk cuba memenangi pingat emas di Sukan Olimpik tahun depan yang diadakan di gelanggang sama.“Saya akan bangkit dan melupakan kekecewaan ini. Ia bukan penamat dan tumpuan utama adalah Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.INFOKeputusan Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011Perseorangan LelakiLin Dan (China) mn Lee Chong Wei (Malaysia) 20-22 21-14 23-21 Beregu LelakiCai Yun/Fu Haifeng (China) mn Ko Sung-hyun/Yoo Yeon-seong (Korea) 24-22 21-16 Perseorangan WanitaWang Yihan (China) mn Cheng Shao Chieh (Taiwan) 21-15 21-10 Beregu WanitaWang Xiaoli/Yu Yang (China) mn Tian Qing/Zhao Yunlei(China) 22-20 21-11 Beregu CampuranZhang Nan/Zhao Yunlei (China) mn Chris Adcock (England)/Imogen Bankier (Scotland) 21-15 21-7
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|