|
Chong Wei hampiri impian julang mahkota Kejohanan Dunia\r\"INI peluang terbaik saya dan saya tidak akan melepaskannya (menjulang kejuaraan),\" demikian tekad Lee Chong Wei sejurus membuktikan kejaguhannya mara ke final Kejohanan Dunia di Arena Wembley, malam tadi.\r\n\n\n\n\r Tekad Chong Wei itu tidak sukar ditafsirkan selepas peluang keemasan menjulang kejuaraan berprestij buat julung kali itu kini berada di depan mata dan andai mempersiakannya, dia mungkin terus kempunan tanpa gelaran itu sepanjang kariernya.\r\r\n\n\n\n\n Ini kerana, Chong Wei terpaksa menunggu dua tahun lagi sekiranya mahu memenanginya kerana kejohanan tahunan itu tidak dilangsungkan tahun depan berikutan penganjuran Sukan Olimpik 2012, apatah lagi usianya kini mencecah 29 tahun.\rSelepas lima percubaan berakhir dengan kekecewaan, impian Chong Wei memenangi kejuaraan elusif itu buat julung kali dan menjadi pemain pertama negara menjulangnya sejak diperkenalkan di Malmo pada 1977, semakin hampir menjadi kenyataan apabila mempamerkan aksi bermutu ketika menewaskan juara bertahan, Chen Jin dari China 21-13, 21-9 dalam tempoh 43 minit pada separuh akhir, semalam.\r“Selepas lima kali bermain, ini adalah perlawanan paling sukar tetapi saya gembira kerana mampu memenanginya. Lagipun, saya agak tertekan kerana ini aksi pertama saya di separuh akhir,” kata Chong Wei.\rDitanya mengenai permainannya yang agak mendatar pada awal set kedua hingga ketinggalan 1-5 sebelum menyamakan kedudukan 7-7, Chong Wei berkata, Chen Jin menukar corak permainannya. \r\n\n\n\n\r“Selepas menyamakan kedudukan dan menyerap asakannya, saya tidak menoleh ke belakang lagi dengan mengasaknya dan lebih pantas mematikan bulu tangkis,” katanya yang belum tewas sebarang set dalam laluannya ke final.\rSementara itu, jurulatih Tey Seu Bock menyifatkan perlawanan menentang Chen Jin adalah persiapan terbaik Chong Wei untuk menghadapi final selepas tidak dicabar sengit sebelum ini.\r“Walaupun mata diperoleh Chen Jin sedikit, dia sebenarnya memberi saingan dan tekanan kepada Chong Wei. Jadi, dia perlu lebih fokus andai mahu memenangi final esok (hari ini),” katanya.\rChong Wei akan menentang juara dunia tiga kali, Lin Dan pada final hari ini selepas Lin Dan mengalahkah Peter Gade Christensen 22-24, 21-7, 21-15 pada pertemuan separuh akhir kedua-dua pemain itu berlangsung awal pagi tadi.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|