View: 210|Reply: 0
|
54 kereta api 'nahas' ditarik balik
[Copy link]
|
|
Tindakan diambil selepas hadapi masalah, elak kes ragut 40 nyawa berulang\rBEIJING: Sebuah firma pengeluar kereta api di China menarik balik 54 buah kereta apinya semalam selepas didapati menghadapi masalah, insiden memalukan terbaru, menyusul kemalangan yang meragut 40 nyawa Julai lalu.\r\n\n\n\n\rPenarikan semula itu memberi isyarat bahawa Beijing sedang meneliti semula cadangan meluaskan rangkaian landasan kereta api lajunya, rancangan berprestij yang mempunyai kepentingan sama dengan program angkasa lepas negara itu.\r\r\n\n\n\n\nPihak berkuasa China kini menghentikan sementara pelaksanaan projek penbinaan landasan baru, manakala menteri kereta api mengumumkan pengurangan kelajuan kereta api itu.\rJurucakap syarikat milik kerajaan China North Locomotive and Rolling Stock Ltd (CNR) Tan Xiaofeng, berkata penarikan semula dilakukan ke atas model kereta api CRH380BL digunakan bagi laluan Beijing-Shanghai, yang sering mengalami kelewatan berikutan masalah peralatan.\rTiada petunjuk bahawa keputusan ini mempunyai kaitan dengan kemalangan 23 Julai di laluan berasingan di selatan China. \rBeliau berkata pakar akan memeriksa pengimbas yang mungkin rosak atau terlalu sensitif sehingga menyebabkan kereta api terhenti tanpa sebab dan ia mungkin berlaku jika pintu renggang atau penumpang melanggar peraturan termasuk merokok di dalam tandas.\r\n\n\n\n\r“Laluan kereta api Beijing-Shanghai sering berdepan masalah dengan komponen yang disediakan pembekal Amerika Syarikat, Eropah dan China.\r“Apabila masalah berlaku, kami tidak mahu menyembunyikannya. Kami pentingkan nyawa lebih daripada segala-galanya,” kata Tan yang enggan mengumumkan identiti pembekal.\rBeijing melancarkan rancangan baik pulih rangkaian kereta api laju bernilai berbilion dolar selepas kemalangan Julai lalu yang mencetuskan kemarahan orang ramai berikutan kehilangan nyawa yang terpaksa ditanggung berikutan pembangunan drastik.\rKereta api laju itu diwujudkan bertujuan menunjukkan kemajuan teknologi China dan menyokong eksportnya. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|