|
KENAIKAN cukai lapangan terbang yang mendapat perhatian dijangka digantung pelaksanaannya disebabkan kemungkinan berlaku perubahan dalam pengurusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), demikian menurut OSK Research.\r\"Kami difahamkan semalam, Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes dan exco kerjasama AirAsia-MAS bertemu Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid. \r\n\n\n\n\r \"Kami tidak tahu apa yang dibincangkan, rundingan mengenai caj perkhidmatan penumpang mungkin dalam agenda. Oleh itu, terdapat kemungkinan besar pelaksanaan kenaikan kadar akan digantung,\" katanya firma penyelidikan itu dalam laporan penyelidikannya semalam.\r\r\n\n\n\n\n Dilaporkan yang MAHB akan menaikkan cukai lapangan terbang bagi penumpang antarabangsa RM14 kepada RM65 bagi semua lapangan terbang. \rBagi terminal kos tambang murah pula, cukai penumpang antarabangsa akan dinaikkan RM7 kepada RM32.\rBagaimanapun, sekiranya cukai lapangan terbang yang lebih tinggi bagi penumpang antarabangsa dari Lapangan Terbang KL (KLIA) dan terminal Kota Kinabalu dilaksanakan, langkah itu tidak akan memberi kesan menaik terhadap pendapatan dan pendapatan MAHB. \rIa disebabkan cadangan kenaikan RM14 itu yang akan dikutip daripada penumpang di bawah kadar baru, kini diberi subsidi oleh kerajaan. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|