CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

Ali al-Seriati minta maaf

[Copy link]
Post time 12-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bekas ketua keselamatan Tunisia rayu di mahkamah\rTUNIS: Ketua keselamatan Tunisia yang berkuasa ketika pemerintahan Presiden Zine al-Abdine Ben Ali yang kemudian digulingkan, merayu rakyat negara itu memaafkannya ketika berada di mahkamah kelmarin. \r\n\n\n\n\r   Ali al-Seriati dianggap rapat dengan pemimpin Tunisia dan ramai yang menuduhnya merancangkan keganasan selepas Ben Ali keluar dari negara itu pada 14 Januari berikutan protes popular.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau ditahan sebaik saja Ben Ali hilang kuasa dan tampil di mahkamah kelmarin dengan menghadapi dakwaan menyediakan pasport palsu kepada saudara mara pemimpin itu untuk membantu mereka lari.\rBeliau berdepan dengan tuduhan berasingan atas dakwaan cuba mencetuskan huru hara dan persengketaan dalaman selepas Ben Ali digulingkan.\rSeriati mengejutkan peguam di mahkamah kerana menjerit ketika prosiding perbicaraan hampir tamat dengan berkata: “Saya minta rakyat Tunisia memaafkan saya. Saya anak Tunisia dan saya sayangkan Tunisia.”\rBen Ali digulingkan selepas protes tercetus beberapa minggu yang menjadi inspirasi kepada gelombang kebangkitan Arab di  seluruh Asia Barat dan Afrika Utara tahun ini.\r\n\n\n\n\rBen Ali dibicarakan tanpa kehadirannya. Belum ada pegawai yang dibicara di Tunisia atau tertuduh di negara jiran, Mesir, yang memohon maaf atas tindakan mereka semasa revolusi meledak atau ketika mereka berkuasa.\rPresiden Mesir, Hosni Mubarak dituduh terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan awal bulan ini, dengan hadir di mahkamah dalam keadaan berbaring dalam kurungan tertuduh.\rRakyat Tunisia mahu melihat Ben Ali dipenjarakan kerana kesalahan yang dilakukan sepanjang 23 tahun memerintah dan terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam revolusi menentangnya. \rMahkamah menangguhkan sehingga hari ini hukuman terhadap Seriati dan 23 saudara mara Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi yang didakwa cuba keluar dari negara itu dengan membawa mata wang asing yang besar selain barang perhiasan. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.044803 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list