|
Tuntut pembayaran pemuziknya ketika Konsert Francisca Peter yang masih belum dilunaskan WALAUPUN Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter di Istana Budaya sudah enam bulan berlalu, namun cerita mengenai persembahan sulung penyanyi Aku Sekadar Pendatang masih mampu menjadi tajuk utama di media massa. \n\n\n\nBagaimanapun kali ini bukan kerana kehebatan vokal penyanyi terbabit, sebaliknya kemelut membabitkan penggubah dan pemimpin muzik terkemuka, Datuk Ramli MS bersama penganjur konsert, Eye Design.\n\n\n\n\n\nKonsert berkenaan dilangsungkan selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Februari tahun ini, namun begitu, bayaran buat Ramli, pasukan pemuzik dan tenaga kerjanya belum dilangsaikan sepenuhnya. Sehingga kini, hanya sebahagian daripada bayaran yang dijanjikan sudah diberikan tetapi separuh lagi tertunggak hingga ke hari ini. Tuntutan sudah dihantar kepada pihak berkenaan dan kini peguam Ramli sedang menyediakan draf saman ke atas pengarahnya, Shegar, dan wakil ticket2u.biz, Zulkhairi Ghazali (Zul), yang dikatakan memberikan jaminan kepada Ramli untuk melunaskan bayaran berkenaan namun gagal berbuat demikian.\"Pada malam pertama konsert, kami menerima separuh bayaran, itupun selepas perbincangan diadakan. Sebab itulah kami naik ke pentas meneruskan persembahan. Pada malam kedua, saya sudah tidak percayakan penganjur itu lagi. Hinggalah seseorang daripada ticket2u.biz, Zul, datang dan memberikan jaminannya. \"Zul memberitahu saya, dia akan membayar kami menggunakan kad kreditnya. Jadi, kami akhirnya naik ke pentas meneruskan persembahan ,\"爇atanya ketika ditemui pada majlis rakaman program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Rabu lalu.\n\n\n\nMenurut Ramli, selepas 10 hari, dia menghubungi Zul bagi bertanyakan soal bayaran yang dijanjikan. Bagaimanapun katanya, Zul mengaku dia terpaksa membuat helah, bagi membolehkan pasukannya meneruskan persembahan pada malam kedua konsert.Tegasnya, apa yang dituntut itu ialah gaji pemuzik dan tenaga kerja yang membantunya pada konsert berkenaan.\"Namun nampaknya kebaikan saya sudah disalah guna,\" katanya yang mengagihkan bayaran yang sudah dilangsaikan itu kepada pekerjanya yang benar-benar memerlukan.Pada konsert itu, Ramli dibantu 45 kakitangan seperti pemuzik, jurutera bunyi dan rakaman. \"Mereka (penganjur konsert) memberikan saya masalah. Nanti, orang tidak akan percayakan saya lagi,\" katanya.Jelas Ramli lagi, pada kebiasaannya, pemuzik hanya bersedia membuat persembahan selepas menerima bayaran, seandainya bekerja bersama penganjur yang tidak kurang dikenali ataupun syarikat yang kali pertama menggunakan khidmat mereka. \"Selama karier saya, inilah kali pertama saya diperlakukan sedemikian,\" katanya yang sekali menegaskan, dia cuma menuntut jumlah yang sepatutnya dibayar kepada pemuzik terbabit.Mohon masa untuk penyelesaianSementara itu, Shegar yang dihubungi semalam berkata, pihaknya amat berharap Ramli akan menarik balik niatnya untuk menyaman mereka kerana dia sendiri sudah beberapa kali bercakap dengan komposer terbabit selepas konsert berhubung perkara itu. Kali akhir mereka berhubung kira-kira sebulan yang lalu.\"Saya juga sudah beberapa kali memohon maaf kepadanya. Saya sendiri bekerja keras untuk membayar setiap sen kepada setiap orang yang bekerja demi menjayakan konsert terbabit. Jadi, berilah saya sedikit masa kerana ia bukannya jumlah yang kecil.\"Lagipun kebanyakan rakan saya memang tahu, saya selalunya membayar setiap pekerja. Malah saya memang berusaha untuk melunaskan bayaran walaupun sedikit demi sedikit,\" katanya yang menyalahkan diri sendiri kerana dikaburi minatnya yang mendalam terhadap penyanyi terbabit sehingga menjadi mangsa kepada keadaan.Katanya, dia bukan penganjur yang melarikan diri selepas berakhirnya konsert, sebaliknya berusaha untuk melunaskan segala bayaran. Cuma dia memerlukan lebih masa untuk berbuat demikian.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|