CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

PrudentiaL Assurance yakin kekal momentum

[Copy link]
Post time 11-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ulangi catat premium perniagaan baru lebih RM1b\rPRUDENTIAL Assurance Malaysia Bhd (PAMB) yakin mengekalkan momentum pertumbuhannya pada separuh kedua tahun ini, sekali gus  mengulangi pencapaiannya dengan mencatat premium perniagaan baru melebihi RM1 bilion untuk keseluruhan tahun ini.\r\n\n\n\n\rPAMB, anak syarikat Prudential Plc yang berpangkalan di United Kingdom itu, mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada separuh pertama lalu apabila premium perniagaan barunya meningkat 13 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\nKetua Eksekutifnya, Charlie Oropeza, berkata dalam tempoh itu, premium perniagaan baru segmen insurans hayat dan takaful meningkat kepada RM450 juta berbanding RM397 juta bagi tempoh sama tahun lalu. \rKatanya, syarikat yakin mampu meneruskan pertumbuhan memberangsangkan tahun ini, disokong rancangan mengukuhkan saluran pengedaran di seluruh negara serta pengenalan produk inovatif yang relevan kepada pasaran.  \r“Keputusan separuh pertama memberangsangkan itu susulan pelaksanaan strategi syarikat menerusi sokongan 12,900 ejen serta perancang kewangan menerusi 41 cawangan di seluruh negara dan perniagaan bancassurance yang bertambah baik,” katanya.\rBeliau berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan keputusan separuh pertama 2011 PAMB di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Ketua Produk dan Pegawai Pemasarannya, Heng Zee Wang.     \r\n\n\n\n\rPAMB mencatatkan pertumbuhan konsisten tahun ini apabila premium perniagaan barunya masing-masing meningkat 13 peratus pada suku pertama dan suku kedua 2011. \rSyarikat itu yang menguasai kira-kira 20 peratus pasaran takaful dan insurans konvensional Malaysia ketika ini, telah mencatatkan premium tahunan perniagaan baru berjumlah RM1.021 bilion tahun lalu meningkat 24 peratus berbanding tahun sebelumnya.   \rSehubungan itu, Oropeza berkata, tumpuan utama syarikat pada separuh kedua 2011 adalah menguasai pasaran Bumiputera yang dilihat mempunyai ruang yang besar untuk ditembusi. \rDaripada 12,918 ejennya kini, seramai 4,973 orang atau 37 peratus daripadanya adalah Bumiputera. \rDalam tempoh separuh tahun ini, PAMB telah mengambil  1,966 ejen baru yang sebahagian besar berusia antara 20 hingga 29 tahun.  \rBeliau berkata, Prudential Malaysia menduduki tempat keempat bagi perniagaan insurans hayat bagi kumpulan Prudential di Asia, yang mana ia mencakupi 12 peratus daripada jumlah perniagaan premium baru di rantau ini.  \rMalaysia berada di belakang Singapura yang menguasai 14 peratus, Hong Kong (20 peratus) dan Indonesia sebanyak 21 peratus.\rDalam pada itu, PAMB turut melancarkan produk terbarunya dikenali PRUlife ready yang disasarkan khusus untuk mereka yang berusia antara 19 hingga 25 tahun.\rOropeza berkata, produk insurans berkaitan pelaburan itu menawarkan pelan perlindungan sehingga mencecah usia 100 tahun dengan bayaran premium serendah RM100.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 1.096088 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list