CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78|Reply: 0

Kien Keat-Boon Heong terus kemaraan

[Copy link]
Post time 11-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BEREGU harapan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia apabila menumpaskan pasangan China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan 21-6, 20-22, 21-15 di Arena Wembley, semalam.\rPasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan keempat, bakal bertemu sama ada Chen Hung Ling-Lin Yu Lang dari Taiwan atau pasangan Jerman, Ingo Kindervater-Johannes Schoettlier dalam pusingan ketiga, hari ini. \r\n\n\n\n\r   Terdahulu dalam perlawanan pusingan kedua, pasangan negara bermula garang pada set pertama yang berkesudahan 21-6 tetapi gagal mengekalkan rentak pada set kedua apabila beregu China itu bangkit untuk menang 22-20.\r\r\n\n\n\n\n   Biarpun pernah tiga kali menumpaskan pasangan China itu, anak didik Rexy Mainaky akhirnya menempah kemenangan pada set ketiga dalam perlawanan yang mengambil masa sejam enam minit.\rBegitupun, beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang pernah dua kali menumpaskan Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa dari Jepun, gagal meneruskan kemaraan selepas tunduk kepada pasangan pilihan keempat itu, 21-16, 22-24, 22-20.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.177688 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list