|
TUGAS jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee sepanjang sesi latihan di Slovakia bukan sekadar meningkatkan prestasi pemain menjelang pusingan ketiga kelayakan September nanti, tetapi turut merangkumi proses memulihkan mental pemain skuad kebangsaan yang menyertai kem latihan bermula minggu lalu.\r“Setiap kekalahan pasti akan meninggalkan kesan mendalam, bukan saja buat pemain tapi kami di sini juga terasa bahangnya,” kata Kim Swee. “Jadi saya perlu memastikan kekecewaan daripada saingan kelayakan Piala Dunia tidak lagi menghantui skuad Olimpik ini.”\r\n\n\n\n\r Walaupun terpaksa berlatih jauh di perantauan dan menjalankan ibadat berpuasa bagi pemain beragama Islam, Kim Swee bangga melihat kesungguhan anak buahnya meningkatkan prestasi secara individu dan berkumpulan demi menaikkan imej bola sepak negara.\r\r\n\n\n\n\n Tujuh pemain kebangsaan yang baru menyertai skuad 23 pemain di Slovakia ialah Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Izzaq Farris Ramlan, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Ahmad Fakri Saarani.\rTermasuk perlawanan awal pagi tadi, sebanyak empat perlawanan persahabatan sudah diharungi skuad Olimpik negara dengan tiga perlawanan pertama berakhir dengan kemenangan buat kem Kim Swee.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|