CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

PA arah henti taja buka puasa

[Copy link]
Post time 10-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pihak Berkuasa Palestin tiada bajet untuk majlis iftarRAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, mengarahkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) berhenti menganjurkan majlis berbuka puasa sebaliknya menyalurkan wang belanja itu untuk keperluan penduduk miskin di wilayah itu dan menggalakkan sektor swasta turut sama.\rKementerian Hal-Ehwal Sosial Palestin berkata, Abbas mengambil keputusan itu berikutan krisis kewangan yang dihadapi PA dan hakikat tetamu yang dijemput ke majlis itu cuma di kalangan tokoh politik, akademik dan wartawan.\r\n\n\n\nIa menambah, majlis berbuka puasa menelan belanja beratus ribu dolar setiap tahun.\r\rMenurut kementerian itu, institusi awam dan beberapa sektor swasta membatalkan tempahan berikutan arahan PA.\r\n\n\n\n\n\rMenteri Hal Ehwal Sosial, Majedah Al-Masri, berkata kementerian akan mengagihkan peruntukan untuk menganjurkan majlis itu kepada penduduk miskin Palestin di Tebing Barat.\rKatanya, negara Arab dan pertubuhan kebajikan turut menyokong usaha kementerian itu.\rPA kini kekurangan wang. Ia sudah membayar 150,000 pekerja awam untuk gaji mereka bulan ini tetapi hanya selepas mereka mengancam melancarkan mogok.\rPentadbir Palestin itu juga berhutang separuh gaji mereka bulan lalu. Seorang penjual daging, Tamer Marmash berkata ramai pelanggannya menderita.\rKatanya, ramai di kalangan pekerja juga berhutang dan bayaran kepada mereka terlebih dulu diberi kepada bank.\rKatanya, jika gaji seorang pekerja adalah AS$700 (RM2,100), dia tidak akan dapat membawa pulang lebih daripada AS$100 (RM300).\rJusteru, pekerja berkenaan akan mencuri kerana tiada jalan lain untuk mendapat wang lebih, kata Marmarsh.\rPA hanya mempunyai wang mencukupi untuk separuh pekerjanya kerana belum menerima bantuan negara Arab dan Barat lain.\rSementara itu, Hani al-Masri yang mengetuai Pusat Politik bagi Kajian Dasar Strategik dan di Ramallah, berkata ada beberapa penderma anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak suka usaha PA menjadi ahli badan dunia itu. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.102584 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list