|
STUTTGART: Jerman melayan kunjungan Brazil dalam satu perlawanan persahabatan hari ini dengan tuan rumah mensasarkan kemenangan ke atas gergasi Amerika Selatan itu sebagai pencetus semangat untuk musim baru.\rPertembungan kedua-dua pasukan adalah yang pertama sejak Jun 2005, dengan kali terakhir Brazil menundukkan tuan rumah 3-2 dalam perlawanan separuh akhir Piala Konfederasi, di Nuremberg.\r\n\n\n\n\r Kali terakhir Jerman menewaskan Brazil ialah 2-1 di Cologne pada 1993, dan dalam 20 pertemuan antara dua pasukan ini, Jerman hanya menang tiga kali, lima kali seri dan 12 kekalahan.\r\r\n\n\n\n\n Mendahului 10 mata kumpulan kelayakan Euro 2012, Jerman hampir pasti beraksi di Poland dan Ukraine tahun depan, tetapi kemenangan ke atas Brazil diperlukan untuk melonjak keyakinan pemain.\r“Brazil adalah negara bola sepak paling berjaya dan mempunyai reputasi sebagai pasukan yang bermain dengan corak bola sepak menarik,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew. “Tidak ada pasukan lain mempunyai koleksi pemain bintang yang begitu ramai.”\rMenamatkan kempen Piala Dunia 2010 di tempat ketiga selepas tewas pada final Euro 2008 di tangan Sepanyol, pengurus pasukan, Bierhoff merasakan sudah tiba masanya untuk Jerman menunjukkan penguasaan, bermula dengan Brazil. - AFP \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|