View: 207|Reply: 0
|
Perkongsian MAS, AirAsia relevan
[Copy link]
|
|
Langkah mampu tingkat prestasi syarikat teroka lebih banyak peluang penerbanganURUS niaga pertukaran saham antara saham Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd jika direalisasikan mampu mewujudkan sinergi bagi kedua-dua syarikat penerbangan tempatan itu, khususnya dari segi pelarasan laluan untuk mengurangkan persaingan sesama sendiri.\rDifahamkan, urus niaga itu akan membabitkan pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Bhd membeli kepentingan dalam pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd, sementara Tune Air pula akan membeli sehingga 20 peratus ekuiti dalam MAS menerusi langganan saham baru pada premium harga pasaran.\r\n\n\n\n\r Jika menjadi kenyataan, Tune Air akan menjadi pemegang saham tunggal kedua terbesar MAS selepas Khazanah Nasional Bhd, yang kini menguasai 70 peratus ekuiti syarikat penerbangan negara itu.\r\r\n\n\n\n\n Kedua-dua syarikat penerbangan terkemuka Asia itu memohon menggantung urus niaga saham masing-masing bermula pagi semalam sehingga petang ini menjelang satu pengumuman penting, tetapi tidak memberikan butirannya.\rPenganalisis Penerbangan HwangDBS Vickers Research, Juliana Ramli, berkata kedua-dua syarikat itu akan dapat menggunakan kekuatan dan keupayaan masing-masing serta tidak lagi perlu saing antara satu sama lain.\r“MAS akan meraih manfaat lebih besar daripada urus niaga berkenaan dan dijangkakan lebih banyak transformasi akan berlaku dalam syarikat itu.\r“Kedua-dua syarikat akan menikmati kuasa belian lebih baik sebagai entiti gabungan, namun yang lebih penting ia akan meletakkan semula MAS sebagai syarikat penerbangan jarak jauh utama.\r\n\n\n\n\r“Bagi AirAsia pula, ia akan berada pada kedudukan lebih baik untuk mendapatkan lebih banyak laluan baru dan hak pendaratan sama ada di peringkat domestik dan antarabangsa apabila menjadi sebuah entiti yang lebih besar dan memiliki Khazanah sebagai pemegang sahamnya,” katanya dalam satu nota penyelidikan.\rJika urus berkenaan menjadi kenyataan, kedua-dua syarikat penerbangan itu dijangka beroperasi sebagai entiti berasingan dari segi operasi, tetapi mungkin akan berkongsi dasar serta pengarah yang sama.\rRancangan perjanjian pertukaran saham itu juga mungkin merintis kepada perubahan pengurusan kanan di MAS.\rSementara itu, penganalisis Hong Leong Investment Bank, Low Yee Huap, berkata urus niaga itu akan membolehkan kedua-dua syarikat menampung kekurangan antara satu sama lain.\r“MAS akan dapat memanfaatkan kepakaran pengurusan AirAsia, terutama untuk mengurangkan kos operasinya dan meningkatkan pendapatan kumpulan.\r“Entiti yang digabungkan itu juga akan dapat mencapai skala ekonomi yang lebih besar dan lebih baik daripada segi urus niaga dengan pengeluar pesawat, pengeluar alat ganti, pengendali lapangan terbang dan lain-lain,” katanya.\rBeliau menambah, entiti yang lebih besar itu juga mempunyai kedudukan lebih kukuh untuk bersaing dengan syarikat penerbangan asing serantau seperti Singapore Airlines, Emirates, Thai Airways dan Tiger Airways.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|