|
Wajah kemelayuan semakin pudar?KETIKA kebanyakan pelakon berebut-rebut mengejar tawaran lakonan, tetapi tidak bagi pelakon dan penghias iklan televisyen, Deanna Yusof apabila dia mengambil pendekatan berhati-hati dalam menilai setiap skrip yang ditawarkannya.\rMalah dia tidak kisah jika tidak ditawarkan sebarang lakonan kalau skrip dan lakon layar yang diberikan dirasakan lemah dari jalan cerita, selain watak dan perwatakannya pula dianggap tidak kuat.\r\n\n\n\n\rWalaupun sebenarnya, wanita yang pernah membintangi filem Cermin ini sudah dihujani banyak tawaran, tetapi dia belum bertemu skrip yang betul-betul menguji keupayaannya sebagai pelakon.\r\r\n\n\n\n\n“Bukan tidak mahu berlakon, tetapi skrip yang ditawarkan pula teruk. Watak tidak mencabar dan jalan cerita yang sama saja.\r“Lagi pun saya kerap ditawarkan watak pada saat akhir dan saya tahu, saya pilihan kedua kalau kejadian seperti itu berlaku,” katanya yang memberitahu sering ditawarkan pada saat akhir dan kadang kala dua atau tiga hari sebelum penggambaran bermula.\rMemilih untuk kekal menetap di Malaysia, Deanna memberitahu, sebelum ini dia berminat membintangi dua filem yang dilihat punyai potensi dalam penulisan skripnya, namun masalah kewangan yang menyebabkan semua itu tidak dapat diteruskan.\rKata wanita yang memiliki wajah lembut ini, walaupun sudah empat tahun menyepi dalam bidang lakonan, dia masih menunggu skrip filem yang sesuai untuk dilakonkan dan mengambil sikap teliti dalam membuat sebarang keputusan.\r\n\n\n\n\r“Setiap kerja yang kita lakukan perlukan minat dan kesungguhan. Saya tidak mengatakan tidak berminat dalam dunia lakonan cuma mungkin ini masa berehat untuk saya,” katanya.\rAnak kelahiran London, England ini, berkata dia mahu watak yang dibawakan membuatkan peminatnya jatuh cinta dengan perkembangan karakter yang mengemudi setiap filem pilihannya.\rWanita berusia 44 tahun yang kekal langsing ini turut memberitahu, tawaran iklan juga kini sudah agak berkurangan kerana kebanyakan produksi iklan lebih mahukan model dari luar negara.\rIstimewanya, wanita ini jujur memberitahu, sejak meningkat usia, ada beberapa produksi yang memberitahu wajah kemelayuannya semakin pudar dan lebih kepada wajah Pan Asia.\r“Ada juga yang cakap wajah saya semakin lama semakin kurang jelas kemelayuan. Mereka cakap wajah saya lebih ke arah wajah artis luar negara. Betulkah?” tanya Deanna kepada penulis.\rDeanna yang mengisi masa dengan mengambil pelbagai kursus ilmu seperti pemasaran, berkata dia juga sedang mengacarakan program sebuah realiti terbitan stesen TV tempatan. \r“Saya sebagai pengacara dan rancangan ini sungguh menarik kerana menampilkan forum sosial berkenaan apa yang diinginkan lelaki. Ia juga menampilkan enam lelaki yang bukan saja kacak, malah mempunyai pakej lengkap yang diperlukan lelaki dan mungkin juga wanita,” kata pelakon filem Ringgit Kasorga, Anna And The King, Return To Paradise, Abang 92 dan Selubung.\rWanita yang mempunyai hobi bermain tenis dan memasak ini turut berkongsi rahsia dirinya yang suka menjengah ke dapur memasak pelbagai jenis makanan tempatan dan Barat untuk dihidangkan kepada rakan terdekat.\r“Saya mempunyai hobi memasak dan selalunya saya menjemput sepuluh tetamu yang terdiri daripada rakan terdekat dan saya akan menghidangkan mereka masakan saya, lengkap dari menu utama sehingga pencuci mulut.\r“Saya juga akan pastikan orang yang saya jemput itu daripada mereka yang suka makan dan akan mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan hidangan,” katanya yang kini mahir memasak kari, nasi lemak, nasi beriani dan ayam berempah.\rBerkongsi pengalaman membintangi teater Wangi Jadi Saksi arahan U-Wei, Deanna yang pernah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik pada Festival Filem Malaysia 1992 menerusi filem Selubung, berkata teater yang dipentaskan di Singapura dua tahun lalu itu mendapat sambutan apabila dimainkan selama lima hari dan istimewanya apabila muzik teater itu dimainkan sendiri pemuzik dari Indonesia.\r“Busana, muzik dan dekorasi pentas semuanya indah dan dalam pementasan teater itu hanya saya seorang wanita,” katanya yang menceritakan pementasan teater itu mengangkat wataknya sebagai Wangi, isteri kepada Hang Tuah.\r“Hanya saya tahu siapa sebenarnya membunuh Hang Tuah dan dalam cerita biasa Hang Jebat adalah pembunuhnya dan teater ini adalah berbeza,” katanya yang memberitahu menerima tawaran berlakon filem selepas Syawal nanti.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|