CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Pembantu rumah haram banjiri Arab Saudi

[Copy link]
Post time 8-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RIYADH: Keputusan kerajaan Arab Saudi melarang kemasukan pembantu rumah asing dari Indonesia dan Filipina sejak awal bulan lalu mencetuskan fenomena kebanjiran  pembantu rumah haram berikutan permintaan yang tinggi terutama menjelang Ramadan.\rSumber melaporkan, permintaan yang tinggi bagi pembantu rumah ketika bulan Ramadan ini menyebabkan gaji mereka  meningkat sehingga 150 peratus.\r\n\n\n\nKebiasaannya, keluarga Arab Saudi amat bergantung kepada pembantu rumah untuk meringankan beban tugas mereka ketika Ramadan. Ini menyebabkan sebilangan ejen melakukan kegiatan haram dengan menyediakan pembantu rumah terutama kepada keluarga Arab Saudi   kaya.\r\rSebelum ini sesebuah keluarga mengambil seorang pembantu rumah dengan gaji bulanan mereka tidak lebih 2,000 riyal (RM1,603) tetapi kini bayaran mereka meningkat kepada 3,000 (RM2,405) hingga 4,000 riyal (RM3,207) sebulan.\r\n\n\n\n\n\rPengerusi Jawatankuasa Pengambilan di Majlis Dewan Perniagaan dan Industri Arab Saudi, Sa’ad Al Baddah, berkata bahawa pejabat merekrut berlesen tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kebanjiran pembantu rumah haram terbabit. – Agensi\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.168647 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list