CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

Khazanah kekal pemegang saham terbesar MAS

[Copy link]
Post time 8-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat kuasai  69 peratus kepentinganKHAZANAH Nasional Bhd menegaskan, ia akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam Penerbangan Malaysia (MAS).\rSayap pelaburan kerajaan itu ketika ini menguasai sekitar 69 peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu, manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula memegang 11 peratus.\r\n\n\n\n\r  “Laporan media yang mengatakan Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun akan muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam MAS, adalah tidak benar.\r\r\n\n\n\n\n  “Sektor penerbangan adalah sektor strategik kepada ekonomi negara dan MAS akan kekal menjadi pegangan utama dalam portfolio Khazanah. \r“Khazanah akan terus mengekalkan kedudukan sebagai pemegang saham tunggal terbesar MAS,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.\rTony Fernandes adalah Ketua Eksekutif dan pemegang saham terbesar syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd, manakala Kamarudin pula adalah rakan kongsi dan Timbalannya.\rKhazanah menjelaskan, sebagai pelabur strategik aktif, firma pelaburan kerajaan itu sentiasa mengkaji cara meningkatkan prestasi syarikat yang bernaung di bawah portfolionya, selain komited membantu meningkatkan lagi daya saing sektor strategik ekonomi negara.\r\n\n\n\n\r“Pengumuman lanjut akan dibuat pada masa sesuai dengan mengambil kira kedudukan Khazanah dalam pelan transformasi berterusan MAS,” jelas kenyataan itu.\rKenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan satu laporan media tempatan kelmarin yang mendakwa Khazanah dikatakan telah memuktamadkan rundingan dengan Tony Fernandes untuk menyelamatkan MAS ekoran mencatatkan prestasi kewangan yang lemah.\rBagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu, MAS mencatatkan kerugian bersih RM242.3 juta berbanding keuntungan RM310.6 juta dalam tempoh sama tahun lalu. \rSecara perbandingannya AirAsia pula mencatatkan keuntungan RM171.9 juta bagi suku pertamanya tahun ini, manakala ia merekod keuntungan RM1.5 bilion bagi keseluruhan tahun kewangannya tahun lalu.\rLaporan yang memetik sumber itu, antara lain mendakwa MAS dan AirAsia akan memeterai perjanjian pertukaran saham yang mana apabila dimuktamadkan, akan menyaksikan Tony Fernandes muncul pemegang saham tunggal terbesar menggantikan Khazanah dalam MAS, manakala Khazanah pula akan menerima jumlah saham yang sama dalam AirAsia.\rMenerusi  perjanjian yang dikatakan akan dimeterai minggu ini, Tony Fernandes ditetapkan akan memegang 20 peratus ekuiti MAS.\rSementara itu, Tony dan Kamarudin dalam satu kenyataan turut menafikan mendakwa laporan media itu.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.129391 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list