|
Chong Wei jadi tumpuan untuk akhiri ‘sumpahan’ESOK, Kejohanan Badminton Dunia akan disingkap tirainya dengan Wembley menjadi medan pertarungan yang menyaksikan barisan Tanah Tumpahnya Darahku diterajui jaguh perseorangan, Lee Chong Wei akan cuba menamatkan badi memenangi mahkota kejuaraan berprestij itu. Entah mengapa kejohanan yang diperkenalkan pertama kali pada 1977 di Malmo, Sweden itu bagai badi kepada barisan pemain negara kerana hingga hari ini belum ada di kalangan jaguh negara yang mampu bergelar juara dunia walaupun mereka memiliki reputasi hebat, termasuk menduduki ranking pemain nombor satu dunia.\n\n\n\n Sebaliknya, Malaysia yang menjadi antara gergasi badminton dunia hanya mampu bermegah dengan pingat perak dan gangsa tatkala gergasi lain seperti China, Indonesia, Denmark dan Korea Selatan sudah mengecapi nikmat memenangi mahkota kejuaraan berprestij itu.\n\n\n\n\n Justeru, harapan menggunung sekali lagi disandarkan kepada Chong Wei dan rakan-rakannya untuk cuba menamatkan badi itu sekali gus menceriakan kembali semula seluruh negara yang tampak masih ‘berkabung’ menangisi kegagalan skuad Harimau Malaya melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.Pengalaman tewas dalam lima percubaan sebelum ini harus menjadi pengajaran berguna kepada pemain nombor satu dunia itu untuk menangani cabaran kali ini, apa lagi, pemain berusia 29 tahun itu kini berada di tahap prestasi terbaik dengan mengungguli lima daripada enam kejuaraan musim ini.Malah, Chong Wei bukan setakat menjadi sandaran Malaysia, tetapi menggalas harapan tinggi seluruh dunia untuk menyekat pasukan Naga Merah – China – daripada menyapu bersih kesemua lima gelaran sekali lagi seperti tahun lalu dalam kejuaraan di Paris.Jadi, ayuh Chong Wei dan rakan-rakan, jangan sekali lagi memberi impian palsu kepada seluruh negara, sebaliknya buktikan mampu menamatkan kemarau panjang negara dengan menakluk kejohanan berprestij itu kali ini! \n\n\n\nJUARA PERSEORANGAN LELAKI 1977: Flemming Delfs (DEN)1980: Rudy Hartono (INA)1983: Icuk Sugiarto (INA)1985: Han Jian (CHN)1987: Yang Yang (CHN)1989: Yang Yang (CHN)1991: Zhao Jianhua (CHN)1993: Joko Suprianto (INA)1995: Heryanto Arbi (INA)1997: Peter Rasmussen (DEN)1999: Sun Jun (CHN)2001: Hendrawan (INA)2003: Xia Xuanze (CHN)2005: Taufik Hidayat (INA)2006: Lin Dan (CHN)2007: Lin Dan (CHN)2009: Lin Dan (CHN)
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|