CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Anak Gaddafi dipercayai maut

[Copy link]
Post time 6-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Serangan  udara tentera NATO turut korbankan lebih 30 askar kerajaanBENGHAZI: Seorang lagi anak pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Khamis al-Gaddafi, 28,  dilaporkan terbunuh dalam serangan udara  tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)  di bandar Zliten di barat  Libya malam semalam, selain mengorbankan lebih 30 askar kerajaan.\rJurucakap Pasukan Revolusi Bersatu, Mohammed Zawawi yang memetik maklumat sumber perisikan pemberontak berkata, Khamis disahkan antara yang terbunuh dalam serangan itu.\r\n\n\n\n\r“Dalam serangan udara NATO ke atas bilik operasi Gaddafi di Zliten malam semalam, kira-kira 32 orang askar kerajaan terkorban. Salah seorang daripada mereka ialah Khamis,” katanya.\r\r\n\n\n\n\nPada masa sama kumpulan pemberontak berkata bilik operasi mereka di timur Libya berjaya memintas perbualan radio yang memberi isyarat anak Gaddafi, Khamis, maut dalam serangan itu.\rPada 30 April lalu, anak keenam Gaddafi, Saif al-Arab, 29, terkorban dalam satu serangan udara NATO ke atas rumahnya yang turut mengorbankan tiga cucu pemimpin itu.\rJika kematian Khamis disahkan, ia adalah tamparan terbaru kepada rejim pemerintahan Gaddafi yang masih meneruskan pertempuran dengan pemberontak.\rSementara itu ibu pejabat operasi NATO Libya di Naples ketika dihubungi berkata, pihak masih menyiasat maklumat itu.\rKhamis yang mendapat latihan di akademi tentera Russia adalah pemimpin Briged Khamis, salah satu unit tempur paling cekap di Libya dan penyokong kuat kepemimpinan Gadadfi.\rSelepas kembali ke Libya bagi membantu ayahnya, Khamis mengetuai serangan ke atas al-Zawiyah dan berjaya menawan semula bandar itu dari tangan pemberontak.\rSerangan ke atas Zliten berlaku hanya beberapa jam selepas pegawai di Tripoli membawa wartawan melawat bahagian tengah bandar Zliten, bagi menafikan dakwaan pemberontak bahawa bandar itu diserang NATO.\rJurucakap kerajaan Libya Moussa Ibrahim bagaimanapun menafikan kematian Khamis dan menyifatkannya sebagai berita palsu.\r“Mereka menyebarkan berita kematian Khamis di Zliten bagi menutup pembunuhan yang dilakukan. Ini adalah taktik kotor bagi melindungi jenayah yang dilakukan,” katanya.\rAskar daripada kumpulan pemisah di Misrata, kira-kira 60 kilometer ke timur Libya minggu lalu  mengumumkan bahawa mereka semakin meluaskan pengaruh di Zliten, sebuah bandar tepi pantai yang strategik.\rBagaimanapun, pihak berkuasa di Tripoli segera menafikan dakwaan itu mengatakan bahawa mereka mengawal seluruh bandar berkenaan. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.046034 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list