|
YALA: Militan dipercayai menembak mati empat penduduk Islam semalam dalam beberapa serangan berasingan di selatan Thailand.\rKetika memberitahu pembunuhan itu, pegawai mengakui bimbang keganasan akan meningkat pada Ramadan.\r\n\n\n\n\rSeorang guru agama berusia 39 tahun ditembak awal pagi di rumahnya di Pattani ketika mangsa sedang mandi.\r\r\n\n\n\n\nDalam kejadian kedua, satu pasangan suami isteri berusia 30-an pula dibunuh ketika dalam perjalanan pulang dari sawah padi.\rDi Yala, seorang sukarelawan keselamatan berusia 38 tahun pula mati ditembak penyerang yang berada dalam kenderaan, kata polis.\rPanglima tentera Thailand memberi amaran awal minggu ini bahawa kekacauan mungkin meletus di rantau itu ketika bulan puasa seperti yang berlaku sejak militan melancarkan keganasan pada 2004 yang mengorbankan 4,700 orang. - AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|