CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 1

Komputer 72 badan global kena godam

[Copy link]
Post time 5-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PBB, ASEAN, IOC antara diserang sejak 2006\rBOSTON: Sistem komputer 72 pertubuhan global termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan dan organisasi menjadi sasaran serangan siber sejak lima tahun lalu, berdasarkan laporan pakar keselamatan.\r\n\n\n\n\rSyarikat keselamatan McAfee yang menemui pencerobohan itu percaya sebuah negara menjadi dalang serangan itu tetapi enggan menamakannya meskipun pihak lain menuding jari kepada China.\r\r\n\n\n\n\nAntara mangsa serangan beberapa tahun itu termasuk kerajaan Amerika Syarikat, Taiwan, India, Korea Selatan, Vietnam dan Kanada selain ASEAN, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Agensi Anti Dadah Dunia (WADA), syarikat persendirian daripada kontraktor pertahanan hingga teknologi tinggi.\rDalam kes PBB, penggodam menceroboh sistem komputer sekretariatnya di Geneva pada 2008 secara sembunyi selama dua tahun dan mencuri banyak data rahsia, kata McAfee.\r“Kami juga terkejut dengan kepelbagaian sasaran serangan itu dan kagum dengan keberanian penyerang.\r“Apa yang berlaku pada semua data itu masih belum diketahui, Tetapi, jika sekalipun sedikit saja data itu digunakan untuk menghasilkan produk lebih bermutu atau mengalahkan pesaing di meja rundingan, kehilangannya adalah suatu ancaman ekonomi besar,” kata Naib Presiden McAfee bagi penyelidikan, Dmitri Alperovitch, dalam laporan 14 muka surat yang disiarkan kelmarin.\r\n\n\n\n\rMcAfee mengetahui kempen pencerobohan itu pada Mac lalu ketika penyelidiknya menemui log serangan selepas mengkaji  kandungan pelayan ‘perintah dan kawal’ yang ditemui pada 2009 sebagai sebahagian siasatan ke atas pencerobohan terhadap syarikat pertahanan.\rIa menggelar penemuan itu sebagai ‘Operation Shady RAT’ dan mendedahkan pencerobohan paling awal pada pertengahan 2006.\r(RAT bermaksud ‘remote access too,’ sejenis perisian yang digunakan penggodam dan pakar keselamatan untuk mengakses rangkaian komputer dari jauh).\rAda serangan berlaku hanya sebulan tetapi paling lama membabitkan Jawatankuasa Olimpik sebuah negara tidak dinamakan yang berlaku 28 bulan, kata McAfee. \rAlperovitch berkata, McAfee sudah memaklumkan kepada 72 mangsa serangan dan penyerang masih disiasat agensi penguatkuasa undang-undang dunia. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 11:07 AM | Show all posts
...hackers ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.042451 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list