View: 154|Reply: 0
|
Kumpul modal pacu pasaran bon
[Copy link]
|
|
PEMULIHAN dalam projek infrastruktur dan langkah pengumpulan modal oleh institusi kewangan akan terus memacu pasaran bon bagi baki 2011 ini, kata RAM Ratings.\rAgensi penarafan itu dalam kenyataannya berkata, kegiatan dalam pasaran bon tempatan juga akan disokong jumlah yang menggalakkan bagi sekuriti hutang persendirian (PDS) dalam perancangan.\r\n\n\n\n\rPDS dalam perancangan merangkumi program hutang baru yang belum diterbitkan serta berada pada pelbagai peringkat untuk dibawa kepada pasaran.\r\r\n\n\n\n\nPada separuh pertama 2011, pasaran bon korporat Malaysia catat pertumbuhan 12.2 peratus, didorong lonjakan dalam nilai terbitan hutang baru. Hampir RM21.2 bilion (67.9 peratus) daripada bon bernilai RM31.2 bilion yang diterbitkan sehingga akhir Jun 2011 adalah terbitan baru.\rDalam tempoh sama tahun lalu, hanya RM6.4 bilion (atau 23.0 peratus) daripada jumlah bon diterbitkan ialah terbitan baru.\rDalam kata lain, ia adalah peningkatan nilai tiga kali ganda terbitan baru yang ditawarkan kepada pelabur pada separuh pertama 2011, kata agensi penarafan itu.\r“Kenaikan kukuh jumlah terbitan menunjukkan pasaran bon kekal sebagai wadah menarik untuk pembiayaan,” kata Ketua Eksekutifnya Chong Kwee Siong.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, 57.5 peratus daripada RM12.7 bilion terbitan baru dalam separuh pertama tahun ini mendapat penarafan RAM Ratings.\rSebahagian besar (63.0 peratus) terbitan yang diberi penarafan oleh RAM Ratings terdiri daripada sukuk yang diterbitkan penerbit seperti Sarawak Energy Bhd dan Gulf Investment Corporation. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|