|
SEMENANJUNG GAZA: Kebanyakan pasar di Semenanjung Gaza dipenuhi makanan berikutan sambutan Ramadan yang bermula Isnin, tetapi ramai penduduk tidak mampu mendapatkan bekalan itu berikutan kakitangan kerajaan belum menerima gaji.\rBarangan seperti rempah ratus, lampu, manisan dan keperluan lain dipamerkan di kebanyakan kedai.\r\n\n\n\n\r Antaranya kedai Abu Mohammad Al Shourafa yang dipenuhi pelbagai jeruk, minyak, keju, buah-buahan kering, kurma dan manisan.\r\r\n\n\n\n\n “Biasanya, saya sudah jual kebanyakan barangan dan meminta pembekal menghantarnya lagi, tetapi buat masa ini, saya belum jual apa-apa,” katanya.\rAhmad Abu Ramadan, kakitangan dengan pihak berkuasa Palestin berkata: “Saya hanya menerima separuh gaji Jun hampir menyebabkan saya kini hampir tidak mempunyai apa-apa. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|