CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Jejak Rasul dalam HD

[Copy link]
Post time 2-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Menyusuri kesan kebangkitan Islam di Eropah Timur dan bekas empayar Russia\rCUKUP sinonim setiap kali datangnya Ramadan, Jejak Rasul (JR) kembali lagi di TV3 untuk musim ke-17 bermula 1 Ogos ini.\r\n\n\n\n\rJika musim lalu dokumentari ilmiah itu menyingkap pengaruh wanita sebagai srikandi yang berjuang dan syahid atas nama Allah, kali ini penonton dibawa menyusuri kesan-kesan kebangkitan Islam di Eropah Timur meliputi Moscow dan St Petersburg, Russia dan wilayah yang pernah menjadi sebahagian daripada empayarnya iaitu Ukraine, Tatarstan, Dagestan serta Chechnya.\r\r\n\n\n\n\nIstimewanya menerusi paparan yang diberikan judul Legasi Muhammad SAW di Eropah Timur, buat pertama kalinya siri yang kerap memenangi anugerah penerbitan itu diperkenalkan dalam format HD (gambar berdefinisi tinggi) untuk keseluruhan program membabitkan 30 episod, termasuk siri terakhir berkisar sambutan Syawal di negara terbabit.\rBiar berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk suhu beku hingga negatif 10 selain masalah bahasa, krew produksi yang dipecahkan kepada tiga kumpulan menjelajah serta menyelami budaya, resam hidup dan sejarah lampau penduduk Islam berketurunan Slavic, Tatar serta Caucasus dalam tempoh sebulan bermula Mac lalu. \rPenjelajahan turut membawa penonton menikmati keindahan panorama musim bunga di Dagestan, Chechnya, Kiev dan Crimea serta pesisir Laut Caspian dan Laut Hitam sekali gus membongkar sejarah awal kedatangan Islam ke bumi Russia sekitar kurun kelapan oleh pejuang Arab.\rKetua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, Jejak Rasul sudah menjadi signature atau penjenamaan kepada TV3 malah setiap musim baru sejak mula bersiaran 16 tahun lalu menjadi wadah pengisian kepada khalayak untuk menyelongkar kisah para anbia serta sahabat mereka.\r\n\n\n\n\r“Hampir dua dekad bersiaran membuatkan Jejak Rasul terus matang bersama pengisian penuh informasi. Ia bukan hanya menjadi menjadi tontonan wajib sepanjang Ramadan malah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.\r“Tahun ini Jejak Rasul menyelesaikan 30 episod yang ditumpukan khas kepada usaha menjejaki legasi Nabi Muhammad SAW di Eropah Timur yang penuh cabaran dan paling istimewa, penonton tegar Jejak Rasul disajikan dengan hasil visual yang lebih terperinci dan cantik dalam format definisi tinggi (HD),” katanya  selepas pelancaran Jejak Rasul 17 yang disempurnakan Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman di Sri Pentas, di Petaling Jaya.\rHadir sama Duta Besar Persekutuan Rusia Ke Malaysia, Lyudmila G Vorobyeva; Duta Besar Ukraine Ke Malaysia, Ihor V Humennyi dan Ketua \rPegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad, Abdul Rani Lebai Jaafar. \rEmpat bulan buat penyelidikan\rPenerbit merangkap Pengarah bagi kumpulan A, Mazlin Nordin, berkata masih banyak peninggalan dan bukti belum diterokai lagi sepanjang usaha menjejak legasi yang ditinggalkan Rasulullah dan sahabatnya, malah pihaknya yakin jika pencarian diteruskan, bahan yang diperoleh dapat dikongsi untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.\rBersama kekangan hebat ketika era Komunis, pedagang Islam Tatar mengembangkan Islam hingga ke Russia Utara dan daripada 12 juta jumlah muslimin meningkat kepada 23 juta manakala masjid pula daripada 300 awalnya kepada 8,000 buah meletakkan Islam sebagai agama kedua terbesar di Russia. \r“Kami perlu menemubual golongan warga emas untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi era terbabit. Hampir empat bulan diperuntukkan bagi kerja penyelidikan. Kami mendapat kerjasama yang baik dari pihak kedutaan selain bantuan daripada pelajar perubatan dari Malaysia di Moscow ,” katanya.\rRombongan yang diketuai Mazlin turut disertai Ezzah Aziz Fawzy selaku wartawan penyelidik serta pembantu penerbitan, Mohd Zahir Ramli dan jurukamera, Abd Shahril Rani yang ditugaskan menjalankan penyelidikan serta penggambaran di sekitar Moscow dan Ukraine dengan mengambil masa sebulan.\rMengakui terpaksa berdepan karenah birokrasi dalam melaksanakan tugasan, namun cabaran itu membuatkan mereka lebih berhati-hati supaya perjalanan penggambaran dapat berjalan seperti dirancang.\r“Perbezaan cuaca tidak mampu dielakkan. Apa yang membimbangkan ketika itu adalah mereka seakan ragu-ragu dengan kehadiran orang luar tambahan pula kami membawa kamera besar. Kita faham mereka melakukan tugas sepatutnya, tetapi agak merimaskan apabila sentiasa diekori,” kata Mazlin.\rInfo\rJejak Rasul ke-17 mula disiarkan selama 30 minit pada 1 Ogos sepanjang Ramadan ini, jam 6.30 petang, manakala episod akhir Jejak Rasul Istimewa Hari Raya pula disiarkan pada Hari Raya pertama jam 7 malam.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.207948 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list