CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12532|Reply: 62

Code Name: ADAM

[Copy link]
Post time 2-8-2011 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kambeng_masam at 25-8-2015 04:44 AM

Post Last Edit by kambeng_masam at 14-7-2012 05:40

Salam warga bod bakat dan penulisan.

Ni sambil-sambil tengah perah idea untuk penulisan Memoirs of Zulaikha, beng saja lah nak freshkan balik minda kejap. Kebetulan ada idea yang menjelma...kang takut hilang lak idea tu.

This short story is fictional. None of any organization involve in this action-espionage-romantic-story.

Selamat membaca!


Last edited by kambeng_masam on 31-10-2014 09:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2011 10:19 AM | Show all posts
Sebuah kereta Honda Civic EK9 memasuki kawasan sebuah apartment mewah di Wangsa Maju. Perlahan-lahan kereta sport itu mencari tempat meletak kenderaan untuk pemastautin apartment itu.

Di dalam kereta, pemandunya seorang pemuda yang memakai kaca mata gelap berjenama Ray-ban merendahkan sedikit bunyi lagu Chop Suey dari kumpulan muzik System Of A Down yang sedang bermain rancak melalui speaker radio CD nya. Bunyi ekzos berjenama SPOON yang kuat dan nyaring bergema mengikut rentak alunan hayunan aci engkol enjinnya seolah-olah kereta yang berenjinkan B16B VTEC itu hendak memberitahu “Ke tepi! Ke tepi! Aku nak parking!”

        “Ahaa….ni dia parking 30-A” pemuda itu bercakap sendirian sambil memerhatikan nombor pada lantai ruang kosong tempat meletak kenderaan itu.

Adam, seorang pemuda yang berkulit cerah dan berambut spiky keluar dari kereta EK9 itu. Dia yang mempunyai ketinggian 183cm, berdiri memerhatikan suasana sekitar. Tempat itu agak asing baginya, namun tugasnya kali ini agak mudah. Masuk, ambil dan keluar. Semuanya sudah diaturkan dengan rapi, cuma ianya memerlukan seorang yang berani, cerdik dan licik  untuk melunaskan tugas itu.

Adam menanggalkan Ray-ban nya dan tersenyum.

        “Ini cukup mudah” katanya sendirian sambil mengeluarkan sekeping kad dari kocek baju kemeja berbelang putih-merah Salvatore Ferragamo nya.

Selepas mengunci kereta, kakinya yang bersalutkan kasut berjenama POLO Ralph lauren itu cukup bergaya dan membuatkan dia kelihatan lebih tampan apabila dia melangkah menuju ke arah lif.

        “Adehhh!” sedikit terencat gaya kacaknya itu apabila kaki kirinya termasuk ke dalam alur air hujan di lantai konkrit kawasan meletak kenderaan itu.

        “ Aishhh!” dia menggertap giginya sedikit marah.

        “Chheh! C’mon laaa” dia menepuk-nepuk sedikit kasut kirinya yang basah itu.

Tiba-tiba dia terfikir, adakah itu suatu petanda? Dia menggeleng-geleng sendirian cuba menafikan andaian itu. Ini adalah kerja mudah, apa yang hendak dirisaukan? Selama ini sudah banyak tugasan yang berkali ganda lebih rumit dari itu boleh pula disiapkan. Bukan sahaja dengan pantas namun dengan penuh bergaya pula. Setakat hendak berlawan dengan empat, lima atau enam orang yang bertubuh sasa sekalipun, dia tidak gentar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 01:35 PM | Show all posts
GOOD INTRO.......SAMBUNG LE LAGIK....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:08 PM | Show all posts
sambung... sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:20 PM | Show all posts
next please...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:21 PM | Show all posts
next please...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2011 02:43 PM | Show all posts
terima kasih kerana membaca.

hari ni tak dapat nak sambung lagi...tgh travel balik ke rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:50 PM | Show all posts
menarikjer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 05:15 PM | Show all posts
menarik... apa agaknya tugas Adam itu Yaa??? cepat2 sambung x sabar nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 11:39 AM | Show all posts
N3????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 12:19 PM | Show all posts
Sesampainya dia di pintu lif, terdapat seorang wanita tua kulit putih bertongkat tunggal yang juga sedang menunggu lif di situ. Adam hanya tersenyum kepadanya dan sedikit menunduk memberi hormat selaku lelaki budiman. Wanita yang pada pengamatannya berusia lingkungan 70-an itu juga tersenyum mesra.

        “Oh my…what a handsome young gentleman you are.” Wanita tua itu berseloroh.

Amir hanya tersenyum sambil matanya mula liar memerhati dan menganalisa keadaan sekeliling. Tiada apa-apa yang luar biasa, cuma matanya sesekali memandang ke tongkat milik wanita tua itu.

Pintu lif terbuka. Adam dengan gaya lelaki budimannya membiarkan wanita tua itu masuk dahulu dan mengekorinya dari belakang. Matanya memerhatikan sesuatu yang bukan seperti yang sepatutnya.

        “Oh dear…7th floor please” pinta wanita tua itu tersenyum menampakkan giginya.

Adam menekan butang tingkat tujuh. Di tingkat itu jugalah destinasinya. Sebaik sahaja dia hendak menekan, bayang-bayang wanita tua itu yang agak samar kelihatan pada pintu lif bersalut krom, mengangkat tongkatnya separas pinggang.
Adam cepat-cepat menoleh.

        “Eto vash hudshiĭ den’!..(This is your worst day!)” kata wanita tua itu dengan wajah yang menyeringai sambil mengacukan tongkat itu kepada Adam.

Adam bertenang dan tersenyum.

        “Ne segodnya babushka (Bukan hari ini nenek).” Adam menjawab dalam bahasa Russia.

Sebaik dia berkata, dengan sepantas kilat Adam menendang tangan wanita itu. Dengan menggunakan teknik aikidonya dia menghentak dada wanita tua itu. Terjelepuk terduduk wanita itu sesudah terkena penangan pantas aikido dari Adam.

        “Okay…ni first time aku pukul orang tua” Adam bercakap sendirian.

Melangkah keluar dari lif di tingkat tujuh. Wanita tua yang telah pengsan untuk buat masa yang lama itu ditinggalkan sahaja begitu. Adam telah mengagak wanita itu tadi memang kelihatan sedikit pelik dengan tongkatnya. Pada pengamatannya tadi tongkat itu kelihatan berat untuk diangkat, tidak seperti tongkat biasa yang bersaiz sepertinya, ternyata ianya adalah sejenis senjata yang telah diubahsuai. Cuma dia tidak pasti dari organisasi manakah wanita tua itu. Mungkin dari saki-baki organisasi Russia, KGB?

        “Hmm..interesting” Adam sedikit mengangkat kening kanannya tersenyum sambil memandang kepada para pembaca cerpen ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:38 PM | Show all posts
adoooaaiii .. what story la .. tapi cam best jek ... heheheheh ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 01:50 PM | Show all posts
Reply 12# hotmum


    thanks kerana membaca. beng try cuba test nak freshkan sket idea ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 02:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 4-8-2011 14:57

“30-A….30-A” Adam berkata sendirian sambil melangkah, sambil memanjangkan tengkuk memerhatikan nombor-nombor di pintu kediaman.

        “Hah! Tu dio jjupo doh” bulat mata Adam bertutur di dalam loghat negeri kelahirannya.

Dengan menggunakan kad khas yang dibawa bersama, dia berjaya membuka pintu kediaman mewah itu yang direka untuk menyusahkan usaha pecah masuk dari mana-mana pencuri. Pintu itu menggunakan system imbasan kad yang hanya khas untuk pemilik kediaman tersebut. Namun itu bagi Adam adalah perkaca kecil sahaja.

Misinya kali ini adalah menjejak dan mencari kehilangan seorang professor dari Korea Utara yang mana kali terakhir dia dilihat adalah di Malaysia. Tanpa mendapat informasi yang lebih tepat dan lengkap, dia hanya diarahkan untuk mencuri sebuah bungkusan yang dibawa bersama professor itu. Ada desas-desus mengatakan professor itu telah berpaling tadah kepada negaranya dan ingin membuat hubungan dengan organisasi pecahan saki baki KGB dari Russia. Namun dia sendiri tidak dimaklumkan secara terperinci apakah barang yang harus dirampas dari professor itu yang kini menetap di salah sebuah kediaman mewah di situ.

Cuma yang diketahuinya ialah beg khas berwarna keperakkan itu harus diambil.

Adam kini mulai menguak perlahan pintu itu. Melangkah perlahan memasuki tanpa membuat sebarang bunyi bising, dia memerhatikan keadaan sekeliling. Dia terus perlahan melangkah masuk ke kawasan ruang tamu. Matanya tajam memerhatikan seimbas lalu akan kedudukan tingkap, pintu bilik dan juga beberapa barangan lain secara terperinci sebagai maklumat untuk dirinya sendiri jika ada berlaku apa-apa perkara yang tidak disangka. Sememangnya dia telah dilatih untuk memerhatikan persekitarannya dengan teliti sekalipun iaya hanya letak duduk sebatang anak mancis di atas lantai.

Mungkin pembaca tertanya apakah jenis senjata yang dibawanya. Tidak ada satu pun yang dibawanya. Dia lebih selesa begitu. Tekniknya yang selalu menjadi ialah menggunakan apa sahaja barang yang berpotensi mendatangkan mudarat kepada lawan walaupun ianya sehelai tuala. Lebih lagi pula untuk membawa sebarang pistol di kawasan awam adalah kurang wajar baginya.

Kini Adam sudah berada di dapur. Tiba-tiba terdengar sedas tembakan dari dalam sebuah kamar beradu tidak jauh darinya. Selang tidak sampai sesaat, sedas lagi bunyi tembakan dilepaskan.

Cepat-cepat dia meluru ke pintu bilik yang tertutup itu dan ditendangnya kuat ingin memecahkan pintu sepertimana aksi-aksi lakonan hero Hollywood. Namun pintu itu langsung tidak berganjak, malah Adam pula yang terpelanting semula ke belakang.

        “Ahh…menatey” Adam menyumpah.

Adam mencuba lagi beberapa kali, namun tetap tidak berjaya. Terfikirkan sesuatu, dia memulas tombol pintu itu dan ianya terbuka. Ternyata ianya langsung tidak berkunci dari dalam pun.

Tanpa berlengah, dia meluru masuk dan mendapati ada seorang lelaki berkulit putih kekuningan dan bermata sepet terbaring di atas karpet berdekatan katil sedang mengerang kesakitan. Di dadanya, terdapat kesan percikan darah yang pekat mengalir keluar. Adam mengecam wajah lelaki itu yang sama seperti di dalam gambar yang telah dilihatnya semalam. Dialah Professor Go Yoon Hoo! Adam memerhatikan sekeliling jika si penembak masih berada di kamar itu. Pintu balkoni terbuka luas! Langsir ditiupi angin dari luar yang sederhana deras. Segera Adam berlari ke balkoni mengesyaki si penembak cuba melarikan diri dari situ. Tiada kelihatan sesiapa. Mungkin ianya disebabkan dia mengambil masa terlalu lama untuk membuka pintu bilik tadi. Dia sedikit kesal.

Pada masa yang sama Adam terdengar ada bunyi bising dari bilik sebelah yang bersambung dengan bilik tidur itu. Adam mencapai lampu tidur berdiri yang berdekatan. Perlahan-lahan dia melangkah ke bilik sebelah. Last edited by kambeng_masam on 29-10-2014 02:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 01:53 PM | Show all posts
owang pantai timur adam ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 02:07 PM | Show all posts
teringat kat cerita wild target .... hehehe ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2011 01:19 AM | Show all posts
Reply 15# reenz013


    hehe ...from kelate with love
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 09:24 PM | Show all posts
allaaaaaa................

sambung lagi beb!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2011 01:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 10-8-2011 01:13

Matanya ternampak seorang perempuan muda Asia sedang tergesa-gesa mengeluarkan beg bimbit berwarna keperakan berdimensi empat belas inci dari peti simpanan. Wanita itu berpakaian kulit bagaikan kostum tidak ubah seperti watak Catwoman dalam filem Batman. Cuma wanita itu tidak bertopeng.

        “Halt it right there!” jerit Adam sambil dia mengacukan lampu tidur berdiri itu terhadap perempuan itu.

Perempuan itu terkejut. Dia segera berdiri. Tangannya memegang kemas beg bimbit itu. Melihat hanya lampu tidur yang diacukan kepadanya, dia tersenyum.

        “Baka mitai! Nani sun da yo?! (You really look stupid! What the hell are you trying to do?)” perempuan itu berkata sambil ketawa kecil seakan mengejek Adam.

Perempuan itu mengeluarkan sebilah pisau yang sudah pastinya jelas bukan pisau seramik untuk memotong fillet. Pisau belati itu diacukannya kepada Adam.

        “Omae no kintama hikkonuku kara na! Wakatta na!! (I am gonna cut your balls off!
You understand!!)”

Konjo? Adam mula berfikir. Dia mendengar dua das tembakan sebentar tadi. Namun kenapa wanita yang berlagak seperti Catwoman itu hanya mengancamnya dengan pisau? Mata Adam yang tajam itu sempat meneliti jenis pisau yang digunakan wanita itu adalah buatan dari Jepun berjenama Konjo. Bukanlah sebarangan pisau, kerana ianya memang cukup terkenal dengan ketajamannya yang bagaikan pisau cukur.
       
Adam mula mencongak keadaan dan dimensi sekeliling bilik itu untuk digunakannya sebagai kelebihan andaikata berlakunya pertempuran tangan disitu kelak. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Lampu tidur berdiri itu dipegangnya kemas.

        “Kora! Kora! Obasan! Watashi sono baggu o ataeru! (Oi! Oi! Grandma! Give me that bag!) balas Adam cuba memprovokasi perempuan Jepun itu.

        “ Who are you? Whom you're working for?” tanya Adam cuba melengahkan.

        “You should kerru about your rife moreu! Now, move!” tempelak perempuan itu dengan pelat Jepunnya dengan serius.

Adam cuba menyimpan ke dalam memorinya akan wajah dan susuk tubuh perempuan itu. Rambutnya yang lurus panjang melepasi bahu diikat ke belakang. Menyerlahkan lagi paras wajahnya yang comel sekali imbas dilihat persis pelakon JDrama; Erika Sawajiri.

Tiba-tiba kedengaran suara-suara yang bising dari luar kediaman Professor Go Yoon Hoo. Wanita itu sedikit terpesong tumpuannya. Mengambil peluang itu, Adam secara tiba-tiba mencampakkan lampu tidur ke arah wanita Jepun itu menyebabkan dia tersentak dan cuba menyambut lampu itu. Tanpa berlengah, Adam sedikit berlari dan melompat serta  menggelongsorkan badan di atas lantai sehingga kedua belah kakinya dapat menyepak betis ‘Catwoman’ Jepun itu hingga terjatuhlah dia ke atas badan Adam. Okay..itu bukanlah pelan tindakan Adam yang asal, tanpa disangka pula wanita itu akan terjatuh ke atas badannya.

Setelah terjatuh, pisau yang tajam digenggaman wanita itu tertancap kemas ke lantai kayu hiasan berlamina hampir-hampir mengenai muka Adam! Adam hanya melirikkan ekor mata ke sisi mukanya…nyaris-nyaris terkopak bola matanya menerima padah akibat sedikit kelalaian. Mereka berdua bergelut. Tangan wanita itu cuba mencabut semula pisau itu dari lantai kayu namun Adam terlebih dulu memegang kemas pergelangan tangannya. Wanita itu masih berada di atas badan Adam. Dalam pada itu, Adam cuba melakukan gerakan mengunci seperti ahli gusti. Namun sebelum itu dia terlebih dahulu harus mengelakkan wanita itu daripada berjaya mencapai pisau.

Beg berwarna keperakan berada di sisi mereka. Buat seketika, kedua-dua lelaki dan perempuan itu yang masih sedang bergelut dalam keadaan menindih badan antara satu sama lain tidak pula mengambil peduli tentang beg itu.

Adam berjaya bangkit sedikit dan dengan serta-merta lengan kirinya memaut lengan kiri serta tengkuk wanita itu yang sedang terlentang. Wanita itu kelihatan agak tercekik. Adam telah berjaya mengunci pergerakan wanita itu dengan gerakan hebat yang digelar ‘Anaconda Vice’, yang mana gerakan itu telah tercipta dari seni jiu-jitsu Brazil dan judo. Seorang penggusti Jepun bernama Hiroyoshi Tenzan pernah menginovasikan teknik kunci badan itu.

Mata Adam mencari-cari beg yang penting itu, sementara wanita itu cuba meronta-ronta kan badannya cuba melepaskan diri. Namun agak sukar baginya. Wanita itu cuba memekik dan menjerit. Cepat-cepat pula tangan Adam menutup mulut wanita itu cuba menyenyapkan keadaan. Namun dengan tidak semena-mena, jari Adam pula digigit wanita itu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 05:48 AM | Show all posts
baca crite ni boleh belajar nyk bahasa.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.085478 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list