CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

Jerman gusar militan Kristian tiru Breivik

[Copy link]
Post time 2-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BERLIN: Agensi keselamatan Jerman memberi amaran bahawa wujud kemungkinan pelampau Kristian lain meniru serangan yang dilakukan   Anders Behring Breivik di Norway dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai terbaru mengikut agenda anti-Islam.\rBreivik membunuh 77 orang menerusi pengeboman dan tembakan rambang di Norway 22 Julai lalu selepas meninggalkan arahan terperinci dalam internet mengenai rancangannya melakukan pertumpahan darah itu tanpa menarik perhatian polis.\r\n\n\n\n\r   “Perbuatannya boleh menjadi panduan kepada orang lain meniru serangan itu,” kata Alexander  Eisvogel, naib presiden badan antipengganas domestik, Agensi Persekutuan bagi Perlindungan Perlembagaan (BfV) kepada majalah berita Der Spiegel.\r\r\n\n\n\n\n   “Dari sudut pandangan pengganas, dia secara teliti   merancang bagaimana mengelak daripada dikesan anggota keselamatan. Kami bimbang dengan perkara ini,” kata Eisvogel.\rSecara berasingan, pemimpin parti pembangkang utama Jerman, Sosial Demokrat, Sigmar Gabriel, menggesa perkhidmatan keselamatan Jerman dan penyedia perkhidmatan internet mengambil tindakan lebih tegas ke atas pelampau sayap kanan online.\r“Di Jerman, jika seseorang secara terbuka berkata dia mahu bunuh orang lain atau melakukan serangan, orang awam akan laporkannya kepada polis.\r“Tetapi, reaksi berbeza jika ia dilakukan di internet. Di sana, penghinaan, malah gesaan   membunuh dianggap sebagai satu bentuk kebebasan,” kata Gabriel kepada radio Deutschlandfunk.\r\n\n\n\n\rSementara itu, di OSLO, hujah Breivik tidak waras ketika melakukan serangan tidak akan diterima kerana dia kelihatan sedar dengan tindak tanduknya, kata ketua panel yang mengkaji keadaan mentalnya.\rKeputusan mengenai keadaan mental Breivik akan menentukan sama ada dia boleh dipertanggungjawabnya atas jenayah itu menerusi hukuman penjara atau dihantar ke wad psikiatrik untuk rawatan. – Reuters/AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.043422 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list