View: 115|Reply: 0
|
Pakatan tembusi pasaran dunia ketiga
[Copy link]
|
|
BEBERAPA syarikat Indonesia berhasrat menjalin pakatan dengan syarikat Malaysia bagi menembusi pasaran negara ketiga dalam sektor pembinaan, kata Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Dr Wong Lai Sum.\rBeliau berkata, mereka berminat meneroka peluang perniagaan dengan syarikat Malaysia di negara seperti Algeria, Afrika Utara, Asia Barat dan negara ASEAN.\r\n\n\n\n “Ini pertama kali mereka menyatakan hasrat menjalin kerjasama dengan kita,” katanya di Jakarta.\r\r Wong yang berada di ibu kota Indonesia itu bagi Misi Pemasaran Khusus Matrade dalam pembinaan dan perkhidmatan berkaitan berkata, syarikat itu mengadakan perbincangan dengan syarikat Malaysia berhubung kemungkinan bekerjasama dalam pembinaan jalan, bangunan dan pusat beli-belah, hartanah komersial serta perumahan.\r\n\n\n\n\n\r“Mereka juga berminat menjalin pakatan dalam bahagian lain di ASEAN, memandangkan ASEAN berkembang ke arah merealisasikan objektifnya menjadi pasaran bersama, ia perlu tanpa halangan,” katanya.\rDelegasi 20 individu daripada beberapa syarikat Malaysia khusus dalam sektor pembinaan mengambil bahagian pada misi pemasaran itu. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|