|
Tak cadang kaji semula penggabungan dengan RHB Capital\rMALAYAN Banking Bhd (Maybank) tidak bercadang mengkaji semula keputusan membabitkan penggabungan dengan RHB Capital Bhd, selepas ia membatalkan cadangan untuk mengambil alih bank berkenaan bulan lalu, kata Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Sri Abdul Wahid Omar.\r\n\n\n\n\r “Saya tidak dinasihati mengenai sebarang perubahan yang membuatkan kami menyemak semula cadangan penggabungan dengan RHB Capital,” katanya kepada media apabila ditanya sama ada Maybank masih berminat terhadap syarikat induk RHB Bank Bhd itu.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis memeterai perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket antara Maybank dan Press Metal Bhd di Kuala Lumpur, semalam.\rCIMB Group Holdings Bhd dan Maybank mengumumkan menamatkan rancangan pengambilalihan RHB Capital bulan lalu selepas Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) menjual 25 peratus kepentingannya dalam syarikat induk RHB Bank itu kepada syarikat sekutunya, Aabar Investments pada harga RM10.80 sesaham.\rSementara itu, mengenai langkah baru bank pusat Indonesia mengehadkan pemilikan asing dalam bank di republik itu, Wahid berkata, ia masih kurang jelas dan pihaknya bimbang sebarang dasar baru yang akan diperkenalkan nanti akan memberikan kesan secara retroaktif atau sebaliknya.\r“Kami perlu mendapatkan penjelasan lanjut,” kata Wahid yang mengunjungi Jakarta minggu lalu bagi mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung perubahan dasar itu daripada pengawal atur republik berkenaan.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, Maybank kini menguasai 97 peratus kepentingan dalam Bank International Indonesia (BII) diminta mengurangkan pegangan kepada 80 peratus.\r“Kita beransur-ansur mengurangkannya, tetapi kecairan saham adalah terbatas. Sehubungan itu, ia mengambil masa,” katanya.\rPeraturan semasa di Indonesia membolehkan syarikat asing menguasai sehingga 99.9 peratus kepentingan dalam bank tempatan.\rIndonesia belum memaklumkan tarikh pelaksanaan peraturan baru itu, tetapi penganalisis menjangka ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini dengan kemungkinan pegangan syarikat asing akan dihadkan kepada kurang 50 peratus.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|