CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

RM700j tawaran gabung 3 firma

[Copy link]
Post time 30-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TFSB beli semua aset serta liabiliti sebelum ambil alih penyenaraian\rTEMASEK Formation Sdn Bhd (TFSB), syarikat tujuan khas ditubuhkan ahli perniagaan, Datuk Goh Tian Chuan mengemukakan tawaran bernilai RM700 juta untuk menggabungkan tiga firma pengeluaran tempatan iaitu AIC Corporation Bhd, Jotech Holdings Bhd dan AutoV Corporation Bhd.\r\n\n\n\n\rDi bawah cadangan yang bakal menjadi antara penggabungan terbesar sektor pengeluaran di Malaysia itu, TFSB menawarkan membeli semua aset serta liabiliti tiga syarikat berkenaan, sebelum mengambil alih status penyenaraian satu daripadanya.\r\r\n\n\n\n\nIa membabitkan tawaran 18 sen bagi setiap saham AIC, RM1.80 bagi saham Jotech dan RM2.38 bagi saham AutoV, iaitu kira-kira 20 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran lima hari ketiga-tiga syarikat syarikat itu setakat Selasa lalu iaitu masing-masing 15 sen, RM1.50 dan RM1.98.\rIa juga membabitkan tawaran sembilan sen bagi setiap waran Jotech dan RM1 bagi waran AIC, iaitu 17 peratus lebih tinggi berbanding purata harga pasaran lima hari syarikat terbabit.\rApabila urus niaga itu diselesaikan yang dijangkakan pada suku pertama tahun depan, entiti hasil penggabungan itu bakal muncul syarikat pembuatan bersepadu pelbagai industri merangkumi perubatan dan sains hayat, automotif, elektrik dan elektronik serta semikonduktor.\rTian Chuan yang kini memiliki kepentingan dalam AIC, Jotech dan AutoV menguasai 20 peratus ekuiti dalam entiti baru itu yang dianggarkan mempunyai  permodalan pasaran terkumpul kira-kira RM550 juta.\r\n\n\n\n\rBercakap pada sidang media mengumumkan cadangan itu di Kuala Lumpur, semalam, Tian Chuan yang kini Pengerusi Eksekutif Jotech dan AIC berkata, penggabungan itu bukan saja akan mewujudkan syarikat lebih besar dari segi nilai permodalan pasaran, tetapi juga akan menyeragamkan struktur pegangan saham antara syarikat digabungkan selain membuka potensi nilai ketiga-tiganya.\r“Ia sekali gus akan menyediakan platform kepada entiti hasil gabungan itu untuk memanfaatkan penyelesaian pengeluaran bersepadu, menyediakan perkhidmatan pengeluaran dalam jumlah besar serta pengurusan logistik,” katanya.\rMaybank Investment Bank Bhd dan Astramina Advisorry Sdn Bhd adalah penasihat bersama urus niaga penggabungan itu.\rTian Chuan berkata, TFSB yakin dengan prospek  disediakan entiti hasil gabungan itu kerana penilaian rapi sudah dilakukan ke atas ketiga-tiga syarikat yang digabungkan. Selepas penggabungan, entiti itu akan meninjau potensi perniagaan di beberapa pasaran baru seperti China, Indonesia dan Taiwan.\rAIC yang ditubuhkan pada 1990 pada asasnya terbabit dalam perkhidmatan memasang dan menguji cip litar bersepadu serta perkakas automasi.\rJotech pula mempunyai kepakaran dalam kegiatan mengecap logam untuk produk elektronik, komponen automotif serta sektor perladangan. AutoV adalah pembekal tahap satu komponen automotif kepada Proton, Perodua, Honda, Toyota dan beberapa pengeluar kenderaan tempatan.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050472 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list