View: 10788|Reply: 16
|
Emas 22 Karat Jadi 20 Karat
[Copy link]
|
|
AKu ada beli emas 22 Karat (rantai emas) . Ada sijil ketulenan lagi dari kedai emas itu. Resit semua ada.
Tadi bawa pergi gadai ke Bank rakyat ar rahnu dia.
Bila makcik tu check, dia kira emas tu jadi 20 karat pulak.
Aku tunjuk la sijil dan resit dari kedai emas kata tu 22 karat. Tetapi dia kata dia boleh kira 20 karat saja.
Lepas tu aku pergi kedai emas itu. Kakak dekat kedai emas itu tunjuk bukti semua emas itu 22 karat. So far, aku lagi percaya penerangan dari kedai emas itu. Sebab diorang buktikan.
Yang dekat bank rakyat, dia check. Lepas tu decide kata emas itu 20 karat.
Anda yang lain pernah alami tak masalah camni.
Tapi bagi aku, as long bank rakyat terima emas aku untuk gadaian, dapat duit sedikit, okaylah.. Daripada dia kata itu emas palsu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salaam
Di sebalik rantai emas tu ada di titikkan ketulenannya.Selalunya di cangkuk rantai.Tertera 20K dan mohor pengusaha emas.Kekadang kena guna teropong untuk melihatnya.
Kiraannya jika 20 K maka :
20 dibahagi ngan 24 jadinya 83.33 peratus
Kemudian berat rantai tu di kali ngan 83.33 peratus
Bila dah dapat kiraan dalam gram, tukarkan kepada ounce.
dan darabkan ounce tadi dengan 20.
Kemudian harga semasa emas dibahagikan dengan jumlah tadi... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apa kata ko cuba bawak rantai ko tu gi pajak gadai atau kedai emas lain...
tgk berapa karat diorang cakap...
bukan pe...takut2 ko kena main dek antara 2 tu je (Ar-Rahnu atau kedai emas ko beli)...
camne dia buktikan yg emas tu 24 atau 22 karat? takkan dia tak terang langsung??
atau mungkin salah satu dari 2 tu tersalah teknik? |
|
|
|
|
|
|
|
penah kna gitu...bli 916, gi bank rakyat dia kata 850... |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap barang kemas emas dikeluarkan oleh pembuatnya dengan mempunyai sijil ketulenan.Sijil ini di simpan oleh penjual ( kedai emas ) dan kedai emas akan mengeluarkan sijil mereka sendiri. Ini untuk mengelakkan daripada kes kes kecurian lebur semula atu emas yang diperolehi adalah dari sumber yang tidak sah dan di pantau oleh Bank Negara dan juga persatuan empunya emas. |
|
|
|
|
|
|
|
Berat rantai emas di timbang kering dan kemudian di masukkan kedalam air suling untuk isipadu.
Setelah di buatkan pengiraan dengan menggunakan formula maka dapatlah dirungkaikan tahap ketulenan rantai emas itu tadi.
Kemudian dikira dengan harga emas semasa ditolak dengan nilai susut dan upah simpan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku telah membuat semakan online
hasil semakan, bukanlah aku seorang sahaja mengalami masalah yang sama dengan Pajak gadai islam bank rakyat
ada ramai lagi orang lain mengalami masalah ini termasuk seorang forumer di atas
LINK 1
http://srohana.blogspot.com/2011/03/pengalaman-pajak-emas-di-ar-rahnu-bank.html
Pengalaman pajak emas di Ar-Rahnu Bank Rakyat
Salam semua,
Aku nak bercerita pasal pengalaman aku nak pajak emas kat Ar-rahnu Bank Rakyat.
Aku sebenarnya saja nak test pajak emas sebab sebelum ni belum pernah buat. Disamping tu nak test la tengok tahap keemasan 1 dinar Public Gold yang aku baru beli ni.
| Dinar Public Gold | Aku pergi ke cawangan Bank Rakyat di Serdang Jaya. Masuk je dalam tu terus ambil nombor giliran. Beberapa minit menunggu tak de la lama sangat smpai la giliran aku. Aku pun bagi la ape yang dia minta iaitu resit, sijil, dan ic dan isi satu borang untuk buat pajakan ni.
Lepas isi borang tu aku dibawa ke satu bilik untuk dia test timbang dan ketulenan emas ni. Test timbang dapat 4.26g. Wah bagus ni ade lebih 0.01g. Ok lepas tu nak test berapa karat lak. Kat mesin tunjuk dapat 20 karat je. Eh pasal plak 20 karat je, dinar ni 22 karat, aku tanya kat pegawai tu. dia cakap mesin kat bank ni mmg dia down gredkan mas ni terutama yang banyak corak2 macam barang kemas. Tapi kalau gold bar ok sebab ia solid. Itu katanya la, tapi ok la dia explain btul2. Lepastu kat dalam system tak boleh baca plak brapa karat. mesin tu dia connect dgn system dalam PC dia. Menurut system tu bgtau too low karat sedangkan kat mesin dah btul. hmmmmmmmmmmmmmmm...
Lepastu pegawai tu cuba restat system tu blik dan cuba timbang & test semula. Adusss, problem sama lagi...aku pun tanya la mesin ni ade problem ke sebelum ni? Katanya dah ade 2 orng yang pajak pagi tadi ok. Takpe lah, kite try calibrate balik. Pegawai tu pun buat la calibration balik. Lepas siap calibrate, try test balik 1 Dinar aku tu tapi still sama jugak...Adusssss,,,pegawai tu panggil bos dia tnya macam mana nak buat ni, bos dia soh la buat lagi skali, still sama jugak...so diorng suggestkan kat aku pegi cawangan lain..huhu, mgkin xde rezeki aku kat sini. Tapi xpe la diorng pun dah try sebaiknya, ape bleh buat k
Link 2
Pengalaman forumer carigold
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-207862.html
norhisam
15-02-2011, 12:46 PM
Salam,
ni citer pengalaman aku sikit pasal g pajak gadai emas ni (jan 2011)....
aku bli emas 999, then pas tu g bank rakyat nk pajak. diaorang pun timbang. mati2 diaorg cakap emas aku tu 916. bengang btul aku...........
aku blah jerrr....
so, aku tak puas ati g test status emas yg aku bli kat Ar Rahnu YAPEIM. Diaorg amik sikit sample emas tu & timbang & confirm emas 999.
pengajarannya : Berhati-hati lah pajak emas di Bank Rakyat sbb diorag main timbang je pas tu wat muka toya cakap emas 916.
mcm siot.......saya takkan pilih bank rakyat. hampehhhhhhhhhhhhhhh
Terima Kasih Ar Rahnu Yapeim
Link 3
Berita-harian online
http://kota.ibfim.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1827&Itemid=9
Source : Berita Harian On-Line
Tuesday, 09 September 2008
INSTITUSI Ar-Rahnu di negara ini sudah mendapat tempat di kalangan masyarakat, sama ada masyarakat Islam atau bukan Islam. Sistem Ar-Rahnu terbukti telus dan bebas daripada unsur penipuan kepada penggadai emas.
Bagaimanapun, pengurusan Ar-Rahnu perlu meneliti beberapa masalah yang boleh merencatkan usaha mengembangkan sistem itu, pada masa depan. Pengalaman yang saya alami mungkin boleh diambil iktibar bagi menangani masalah berkenaan.
Baru-baru ini, saya dan isteri ke unit Ar-Rahnu di cawangan Bank Rakyat di Gua Musang, Kelantan untuk mencagarkan emas dibeli dari kedai emas di Kota Bharu yang mempunyai ketulenan 22 karat atau 916.
Bagaimanapun, mesin penimbang yang digunakan di cawangan itu menunjukkan ketulenannya hanya 18 karat atau 750. Pegawai yang bertugas menyatakan mesin timbangan yang digunakan oleh Bank Rakyat adalah tepat. Oleh kerana tidak mahu menimbulkan sebarang masalah, kami pajak juga emas di cawangan itu.
Selang beberapa hari, kami tebus semula emas itu dan memajakkannya di Ar-Rahnu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim). Seperti yang kami harapkan, bacaan mesin di Yapiem menunjukkan bacaan tepat untuk emas iaitu 22 karat atau 916. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi ini pengajaran kalau karat tak sama di pajak gadai bank rakyat, memang ramai orang alami masalah ini
kalau karat tak sama, lepas ini boleh pergi pajak gadai agro bank
pengajaran untuk saya |
|
|
|
|
|
|
|
Orang dulu dulu gelar sebagai pandai emas.
Apa saja alat tentukuran haruslah mempunyai pelekat cablibration dan juga sesalinan sijil calibration hendaklah di tampalkan di dinding di mana alat penyukat atau tentukuran berkenaan berada.
Kekadang dah expired dah...masih digunakan.
Syarat syarat sesuatu alat penyukat tentukaran harus di calibrate semula adalah pelbagai..
Jika berlaku kerosakan.
Jika alat tersebut jatuh.
Jika melampaui waktu tidak di guna.
Jika cukup jumlah penggunaan.
Tampered with.
Jika hilang penjanaan kuasa.
adalah di antaranya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by coolkid at 31-5-2012 16:00
aku mengesyorkan rakan2 kalian pergi ke Pajak Gadai Berlesen. 2% interest shj, process secepat 3 minit shj, tiada tandatangan. Nilai pinjaman lebih tinggi drpd Ar-Rahnu, servis unggul dan mahu buat bisnes. (tidak akan suruh pelanggan pergi caw. lain, yg ada pun caw. sendiri)
Ar Rahnu kena ambik nombor, tunggu, tandatangan dan cop jari. Itu macam pinjaman rumah ini. Cagar rumah/kereta! Lambat sial.
Antara Pajak Gadai Berlesen yg paling moden ialah PAJAK GADAI BONUS di Changlun.
www.pawnshop.guanteik.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah mengalami kes cenggini 2 tahun yg lalu.. pegi kat BR seksyen 9 shah alam, setelah diuji emas 999 aku dapat 916.. so aku cakap tamau pajak lalu pergi ke BR seksyen 23 shah alam pulak.. kat sinih cawangan baru dibuka pada masa tu, jadi equipment pun baru.. setelah diuji, mmg dapat keputusan 999.. semuanya bergantung kepada mesin penguji ketulenan yg digunakan pada masa itu..
selain drpd BR & Agrobank, jika anda mahu alternatif lain utk memajak emas boleh la cari arrahnu yapiem.. nama pun tak dilodge dlm ccris, jadi kurang sikit ruangan dalam laporan kredit anda tu.. cuma kat arrahnu yapiem ada sesetengah cawangan masih guna cara old school utk menguji emas iaitu dgn menggosok emas itu dibatu utk menguji mutu/gred emas tersebut.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak jual emas ni,kt mana patot jual?harga pasaran susut bape persen?916 dlm 12g |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah mengalami kes cenggini 2 tahun yg lalu.. pegi kat BR seksyen 9 shah alam, setelah diuji em ...
dasatgiler Post at 31-5-2012 04:47 PM
Huhhhhhhhhh...kedai tu nak amik untung atas angin tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jual emas ni,kt mana patot jual?harga pasaran susut bape persen?916 dlm 12g
poison_paradise Post at 1/6/2012 03:50
kalau nak jual, kat aku pon boley.. hehe..
cuma sekarang nih bukanlah waktu terbaik utk menjual emas disebabkan harga emas yg sedang jatuh.. walaubagaimanapun kalau nak tawu cara pengiraan belian harga emas terpakai adalah seperti berikut:
RM134.07 (harga belian semasa emas 916) X 12 gram X 10% susutnilai = RM1,447.96 |
|
|
|
|
|
|
|
Huhhhhhhhhh...kedai tu nak amik untung atas angin tuh...
medangmru Post at 1/6/2012 08:07
tu ler.. sekali gosok ilang buatnye ilang 1/2 gram dah rugi dlm RM90 wo.. barang kemas pun jadik bercalar..
sebelum nih aku penah berurusan dgn ar rahnu yapiem di jln kampung attap (berdekatan wisma kwsg kl), ar rahnu sg petani semua dia org test guna machine tapi bila berurusan dgn cawangan terbaru di perai jaya, penang kena gosok la plak.. aiyoyo.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak jual, kat aku pon boley.. hehe..
cuma sekarang nih bukanlah waktu terbaik utk menjua ...
dasatgiler Post at 1-6-2012 09:30
bole jual pd ko?pakar emas ye |
|
|
|
|
|
|
|
bole jual pd ko?pakar emas ye
poison_paradise Post at 1/6/2012 16:54
nak kata pakar emas, takde la sampai taraf tu lagi.. cuma aku dah hampir 3 tahun jugak la berurus niaga jual beli/pajak tebus emas nih..
kebiasaannya utk dpt harga jualan emas pada harga yg tinggi, pegi je balik kat kedai yg kita beli emas tu.. tapi make sure kita ada simpan resit belian.. resit ni macam surat beranak emas kita la, details tentang mutu, berat dan harga belian emas lengkap tertulis.. tapi kebanyakan kita tak simpan resit2 nih so bila jual balik tu yg kedai emas tu potong sampai 20-30% tu..
berlainan halnya dengan emas dlm bentuk bar & coin yg dijual oleh publicgold, gcp dsbnya sekarang nih, "certificate of authenticity" diberikan bersama2.. bila pembeli membuat transaksi jual semula, harga dikira berdasarkan harga jualan dan yg paling best tiada sebarang potongan harga dibuat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|