CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Peguam akui penyerang gila

[Copy link]
Post time 27-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Breivik puji Jepun, Korea Selatan kurang terima imigran MuslimOSLO: Lelaki yang mengganas di Norway, Anders Behring Breivik, berkemungkinan besar gila, kata peguam bela penyerang itu selepas anak guamnya mengaku anti-Islam dan bertanggungjawab meletupkan bom serta menembak mati 76 orang dalam keganasan terburuk di negara berkenaan. \r“Kes ini keseluruhannya menunjukkan dia gila,” kata Geir Lippestad sambil menekankan masih terlalu awal untuk Breivik akan mengaku tidak waras ketika melakukan keganasan terbabit.\r\n\n\n\n\rLippestad juga memberitahu, Breivik, 32, memberitahunya dia adalah sebahagian daripada rangkaian anti-Islam membabitkan dua kumpulan di Norway dan beberapa lagi kumpulan di negara luar.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun polis Norway meragui dakwaannya dan percaya hanya dia saja yang merancang dan melakukan keganasan itu.\rLebih 100,000 penduduk Norway mengadakan perhimpunan di Oslo malam Isnin lalu, ramai membawa bunga ros putih dan merah ketika berkabung mangsa keganasan 22 Julai itu. \rBerpuluh-puluh ribu lagi turut mengadakan perarakan dan berkabung di beberapa bandar dari Tromsoe sehingga ke Bergen.\rSementara itu, dalam pendedahan terbaru minda penyerang, Breivik menyifatkan Jepun sebagai negara contoh kerana tidak mengamalkan dasar kepelbagaian budaya, lapor agensi berita Kyodo. \r\n\n\n\n\rDalam manifesto 1,500 muka surat yang disiarkan online sejurus sebelum berlaku pembunuhan itu, Breivik melantik dirinya mengetuai misi menyelamatkan Eropah daripada ancaman Islam, pendatang asing dan pelbagai budaya luar.\rDalam dokumen itu, Breivik memuji Jepun kerana tidak membenarkan ramai orang Islam berhijrah ke negara itu, walaupun ia tidak mempunyai larangan terhadap etnik atau kumpulan agama tertentu.\rPenduduk asing hanya mencatat 1.7 peratus daripada penduduk Jepun dengan China mencatatkan kumpulan paling besar diikuti etnik Korea, ramai yang berasal daripada penduduk yang dipaksa ke Jepun sebelum penjajahan berakhir di semenanjung Korea pada 1945.\rBreivik turut memuji Korea Selatan kerana mempunyai peratusan rendah seperti negara itu bagi penduduk asing, kata Kyodo. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.548663 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list