View: 140|Reply: 0
|
5 lagi kedai palsu Apple dikesan
[Copy link]
|
|
BEIJING: Pihak berkuasa China mengesan lima lagi kedai menjual produk Apple palsu di bandar barat daya Kunming dan menggantung perniagaan dua daripadanya ketika siasatan ke atas pengusahanya dilakukan, kata satu laman web kerajaan tempatan semalam.\rPihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa dengan tiga lagi kedai yang memaparkan dengan jelas tanda dan logo Apple kerana mereka tidak menemui sebarang produk palsu Apple yang dijual, menurut laporan akhbar tempatan yang dihantar dalam laman web kerajaan bandar Kunming.\r\n\n\n\n\r Siasatan mengenai kesai palsu Apple dilancarkan selepas satu tulisan dalam blog minggu lalu oleh seorang wanita Amerika yang tinggal di Kunming dalam wilayah Yunnan.\r\r\n\n\n\n\n Wanita itu melaporkan dia terserempak dengan tiga kedai palsu menyamar sebagai kedai sah Apple di bandar itu. Beliau mengambil gambar dan menghantarnya dalam blog BirdAbroad miliknya.\rBeliau berkata, ia mencontohi kedai ikon syarikat itu sehinggalah keadaan tangga yang berpusing dan kakitangan memakai baju-T biasa berwarna biru.\rSelepas blog itu membuat pendedahan Rabu lalu, Biro Perdagangan dan Industri Kunming memeriksa lebih 300 kedai elektronik di Kunming dan menemui lima kedai palsu Apple, kata laman web kerajaan bandar.\rPanggilan kepada pejabat Biro Perdagangan dan Industri Kunming tidak dijawab semalam.\r\n\n\n\n\rPembuat iPhone dan peralatan terkenal lain memiliki empat kedai syarikat di China, dua di Beijing dan dua di Shanghai, serta pelbagai penjual rasmi.\rPertumbuhan kedai palsu menunjukkan tindakan balas lambat dilakukan kerajaan China dalam membendung satu budaya cetak rompak berleluasa dan pengeluaran meluas barangan palsu menjadi punca kemarahan utama negara lain yang dianggap rakan dagang. – AP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|