View: 167|Reply: 0
|
Sparkleen tawar program francais
[Copy link]
|
|
SPARKLEEN, pusat cucian kering dan perkhidmatan dobi milik penuh Diversified Dry Clean Corporation Sdn Bhd menawarkan program francais kepada usahawan yang berminat menceburi perniagaan dobi dan cucian kering.\rIa menawarkan program francais lengkap termasuk pemilihan tapak, reka bentuk ruang premis, latihan pengurusan perniagaan, latihan tenaga kerja dan sokongan premis perniagaan serta pemasaran yang berterusan.\r\n\n\n\n\r Pengasas dan Ketua Eksekutifnya, Dr Hasnorliza Abu Hassan berkata, melalui program francais Sparkleen itu, pihaknya akan memberi bimbingan yang sewajarnya bagi membantu usahawan yang berminat dan berpotensi untuk \rmemajukan diri dalam bidang perniagaan itu.\r\n\n\n\n\n\r“Program francais kami bukan saja untuk mereka yang berminat dan baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan, malah meliputi sokongan dan bimbingan untuk memperkembangkan perniagaan di samping mengekalkan mutu perkhidmatan dan penjagaan yang tinggi selain mengutamakan kehendak pelanggan.\r“Program ini adalah peluang yang tepat kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan mereka sendiri memandangkan kami menyediakan bantuan dan bimbingan lengkap untuk berjaya dalam bidang perniagaan dobi dan cucian kering ,” katanya.\rSparkleen kini mempunyai dua cawangan, iaitu di Shah Alam dan Taman Equine yang menawarkan perkhidmatan dobi lengkap bermula daripada pengambilan kepada pembersihan sehingga penghantaran terus kepada pelanggan.\rPusat dobi dan cucian kering berkenaan turut menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, pantas dan mesra pelanggan dengan sasaran pelanggannya terdiri daripada kelas menengah hingga atasan. \rSebagai anggota Institut Dobi dan Cucian Kering, ia sentiasa memastikan piawaian yang tinggi dari segi operasi dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pelanggan.\rPusat dobi dan cucian kering berkenaan juga menyasarkan untuk muncul sebagai pusat cucian kering valet dan perkhidmatan dobi utama di Lembah Klang pada masa depan.\rSparkleen adalah antara syarikat yang mengambil bahagian dalam Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|