CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Pasaran berakhir lebih kukuh

[Copy link]
Post time 23-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Suntikan  minat belian  pelabur meskipun FTSE,  FBM KLCI ditutup   rendah\rHARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini pada paras yang lebih kukuh, dirangsang oleh minat belian daripada pelabur meskipun FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup lebih rendah, kata peniaga.\r\n\n\n\n\r  Pada jam 5 petang, indeks utama susut 0.75 mata kepada 1,565.06 selepas dibuka 0.77 mata lebih baik pada 1,566.58, berikutan kerugian di kaunter berwajaran tinggi terpilih.\r\r\n\n\n\n\n  Sepanjang hari, ia bergerak antara 1,562.63 dan 1,566.58.\rTenaga Nasional susut 25 sen kepada RM6.27, Petronas Dagangan turun 24 sen kepada RM17.84 dan United Plantations susut 40 sen kepada RM20.\rSeorang peniaga berkata, prestasi pasaran kekal dalam wilayah negatif semalam berikutan saham-saham berwajaran tinggi terpilih susut selain kebimbangan mengenai inflasi.\rIndeks Kewangan meningkat 23.63 mata kepada 14,811.13, Indeks Perladangan susut 0.13 mata kepada 7,698.11 manakala Indeks Perusahaan menokok 5.77 mata kepada 2,867.9. Indeks Emas FBM menambah 22.319 mata kepada 10,766.43, Indeks FBM 70 melonjak 103.58 mata kepada 11,828.6 manakala Indeks FBM Ace meningkat 13.58 mata kepada 4,170.11. Prestasi pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 462 berbanding 249, manakala 332 kaunter tidak berubah, 452 todak diniagakan dan 27 yang lain digantung.\r\n\n\n\n\rJumlah dagangan berkurangan kepada 1.166 bilion saham bernilai RM1.993 bilion berbanding 1.2 bilion saham bernilai  RM2.6 bilion yang didagangkan kelmarin.\rDi Pasaran Utama jumlah dagangan berkurangan kepada 711.469 juta saham bernilai RM1.925 bilion berbanding 874.52 juta saham bernilai RM2.58 bilion kelmarin.\rJumlah dagangan waran juga meningkat kepada 130.109 juta unit bernilai RM20.656 juta berbanding 103.87 juta saham bernilai RM18.21 juta sebelumnya.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE juga meningkat kepada 322.553 juta unit bernilai RM46.021 juta berbanding 218.41 juta saham bernilai RM30.38 juta pada Khamis.\rKaunter aktif yang diketuai Ingenuity Solutions-WA, menokok empat sen kepada 4.5 sen, Ingenuity Solutions susut dua sen kepada 8.5 sen, Bumi Armada untung tiga sen kepada RM4.17 manakala Jotech Holdings meningkat setengah sen kepada 15 sen.\rCatcha Media yang baru disenarai, meningkat enam sen kepada 81 sen. Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.83, PETRONAS Chemicals turun lima sen kepada RM7.04 dan Sime Darby menambah empat sen kepada RM9.20.\rBarangan pengguna menyumbang 154.545 juta, pembinaan 32.153 juta, perdagangan dan perkhidmatan 282.803 juta, teknologi 14.035 juta, infrastruktur 4.700 juta, kewangan 81.892 juta, hotel 589,800 juta, hartanah 83.400 juta, perladangan 14.651 juta, perlombongan 2,000, REIT  3.713 juta dan dana tertutup 58,500.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058207 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list