View: 187|Reply: 0
|
Malaysia hab minuman berkarbonat
[Copy link]
|
|
ASAHI Group Holdings Ltd, iaitu pengeluar minuman ringan terbesar Jepun akan menjadikan Malaysia sebagai hab bagi perniagaannya di Asia Tenggara susulan pengambilalihan 100 peratus kepentingan dalam Permanis Sdn Bhd.\rSyarikat itu semalam memeterai perjanjian dengan CI Holdings Bhd bagi membeli Permanis, yang kini adalah pengeluar minuman berkarbonat kedua terbesar di negara ini dengan jenama utama Pepsi dan 7-up pada harga RM820 juta.\r\n\n\n\n\r “Pengambilalihan ini membolehkan kami bertapak dalam pasaran minuman berkarbonat Malaysia dan kemudian menggunakannya sebagai pusat bagi peluasan perniagaan ke rantau Asia Tenggara,” kata Asahi Group dalam kenyataannya kepada Singapore Stock Exchange semalam.\r\r\n\n\n\n\n Syarikat itu berkata, pengambilalihan itu juga sejajar visi jangka panjangnya untuk meningkatkan jualan kepada sehingga 2.5 trilion yen dan meningkatkan penguasaan pasaran antarabangsanya kepada 20-30 peratus.\rKatanya, pengambilalihan itu juga akan membantu syarikat itu menjadi antara pengeluar makanan terkenal dunia.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|