CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 477|Reply: 1

Tukang urut tidak bertauliah

[Copy link]
Post time 20-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa premis tawar  spa, refleksologi  boleh mudaratkan kesihatan\rMELAKA TENGAH: Beberapa premis yang menawarkan perkhidmatan spa dan refleksologi di daerah ini, khususnya kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah, dipercayai memberikan khidmat urutan tanpa tauliah yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan pelanggan mereka. \r\n\n\n\n\r  Tinjauan Berita Harian ke beberapa premis spa dan refleksologi di sekitar bandar raya ini mendapati hampir kebanyakan premis menggaji pekerja asing terutama dari China dan Indonesia, yang mendakwa mendapat latihan di negara sendiri.\r\r\n\n\n\n\n  Khidmat urutan yang diberi pula didakwa tidak setimpal dengan kadar harga dikenakan, malah apabila diminta menunjukkan sijil latihan berkaitan, mereka gagal mengemukakannya.  \rSeorang pekerja pusat rekfleksologi dan terapi warga China di Jalan Melaka Raya 3, yang hanya mahu dikenali sebagai Mingmei, 38, berkata beliau tidak mendapat latihan khusus, sebaliknya bekerja di pusat itu berdasarkan pengalaman sebagai tukang urut di negara asalnya.\rSeorang pekerja pusat spa dan refleksologi di Jalan Melaka Raya 1 di sini, yang berasal dari Medan, Indonesia, Ratna, 28, berkata beliau pada asalnya memohon kerja sebagai pembantu salun tetapi ejen membawanya menawarkan kerja sebagai tukang urut.\r“Ibu saya seorang tukang urut di kampung kami dan saya belajar daripada pengalamannya. Sebelum mula bekerja di sini, saya dihantar menjalani latihan intensif selama seminggu di sebuah pusat sama di Kuala Lumpur.\r\n\n\n\n\r“Ketika mengikuti latihan, tiada tenaga pengajar khas tetapi saya dan rakan belajar pelbagai teknik serta jenis urutan daripada pekerja berpengalaman di sana. Latihan itu diadakan selama seminggu setiap hari selama kira-kira empat jam sehari,” katanya.\rSementara itu, Pengurus Fisioterapi Hospital Pakar Putra, Tai Tiam Loy, mengakui aspek latihan dan pentauliahan tenaga kerja di pusat spa dan refleksologi terbabit masih meragukan.  \r“Tenaga kerja yang diambil bekerja dalam sektor berkenaan khususnya di negeri ini, kebanyakannya datang dari China yang mendakwa sudah mendapat latihan khas di negara asal masing-masing.\r“Bagaimanapun, apa yang mereka pelajari tidak dapat dipastikan dengan nyata kerana tiada badan tertentu ditugaskan memantau, sama ada mereka mempunyai sijil atau tauliah untuk menjalankan kemahiran mengurut, berbekam atau akupuntur,” katanya.\rTai yang berpengalaman 17 tahun dalam bidang fisioterapi berkata, seseorang individu yang mahu bergiat dalam bidang refleksologi, perlu tahu mengenai anatomi badan, fungsi urat saraf serta kaitannya dengan teknik rawatan alternatif seperti urutan.\r“Jika tidak, kaedah refleksologi yang dilakukan mungkin sia-sia atau mendatangkan lebih banyak keburukan kepada pelanggan. Memang kalau teknik digunakan kena pada tempatnya dan menyentuh titik saraf yang betul, pesakit mampu pulih tetapi yang tidak berjaya hanya akan membazir masa dan wang,” katanya. \rSehubungan itu, Tai berkata, orang ramai yang gemar mendapat khidmat di pusat spa dan refleksologi perlu berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan jaminan teknik tradisional seperti urutan digunakan pusat itu boleh menyembuhkan penyakit tertentu.\r“Selain itu, pihak berwajib juga perlu mengambil perhatian serius berhubung pemberian lesen dengan memastikan pekerja memenuhi syarat dan memiliki kemahiran diperlukan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 02:33 AM | Show all posts
Massage Terbaik Oleh Pakar Terapi

Urut terbaik oleh pakar terapi terlatih dan bertauliah di kawasan KL dan Lembah Kelang,OUTCALL Rm100 2- jam,Incall – Rm70 -2 jam.Untuk area Kajang dan Bangi,chargenya rm120-2jam. -2jamLaman web:
www.uruttradisional.com.my
www.urut.net
www.kl-massage.com
www.massage-and-spa.com   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.049402 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list