CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Kembang perniagaan melalui francais

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Menara Optometry rancang   miliki 50 cawangan  perkukuh operasi industri optikal\rMENARA Optometry Centre Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan penjagaan mata profesional bercadang memiliki sehingga 50 cawangan menjelang 2013 dengan 16 daripadanya adalah menerusi skim francais.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya Amir Husain Rahman Shariff, berkata Menara Optometry kini mempunyai 31 cawangan di Lembah Klang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan serta Johor dan pembukaan cawangan baru itu adalah antara usaha syarikat itu mengukuhkan perniagaannya dalam industri optikal di negara ini.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau yang juga pengasas bersama Menara Optometry berkata, pihaknya turut melaksanakan pelan pengembangan cawangan menerusi skim francais kerana berpendapat ia dapat mengembangkan perniagaannya dalam tempoh yang singkat.\r“Kami memperkenalkan skim francais Menara Optometry pada 2008 yang mana pada mulanya ia hanya ditawarkan kepada kakitangan kami yang mempunyai kebolehan dalam menguruskan perniagaan sebagai usaha untuk membantu mereka menjadi usahawan berjaya dalam industri optikal di negara ini.\r“Setakat ini kami mempunyai tujuh cawangan di bawah skim francais itu dan bercadang untuk membuka 12 cawangan baru menerusinya tahun depan,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya semalam.\rAmir Husain berkata, berbanding sebelum ini, syarikat itu kini turut menawarkan skim francaisnya kepada bakal usahawan yang berpotensi dan pemilik kedai optometri yang ketika ini beroperasi secara kecil-kecilan.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, pelaburan di bawah skim francais Menara Optometry adalah dari RM250,000 hingga RM400,000 termasuk RM50,000 bagi yuran francais.\r“Di bawah skim ini, kami akan menentukan lokasi premis yang akan dibuka bagi memastikan ia adalah strategik dan menepati perancangan pengembangan syarikat kami,” jelasnya.\rMenara Optometry yang ditubuhkan pada 1996  adalah antara penaja Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa 2011 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ini.\rMenyentuh mengenai sasaran pendapatan Menara Optometry  tahun ini, Amir Husain berkata, pihaknya menjangkakan ia akan meningkat kepada RM24 juta tahun ini berbanding RM22 juta tahun lalu didorong permintaan yang  menggalakkan dan tinggi untuk perkhidmatan penjagaan mata dan aksesori optik.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.347217 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list