|
HUAWEI, pembekal peralatan telekomunikasi dan rangkaian terbesar China, akan membuka sebuah pusat pembangunan bagi membangunkan sehingga 10,000 profesional rangkaian dan komunikasi dalam tempoh lima tahun akan datang, di Cyberjaya.\rKemudahan latihan dan ujian kepakaran global, yang akan dibina di Pusat Pembangunan Pekerja Berpengetahuan MSC itu kini dalam peringkat perancangan dan dilaksanakan menerusi usaha sama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).\r\n\n\n\n\r “Usaha sama strategik awam-swasta itu dibangunkan bukan saja untuk mengeluarkan kumpulan bakat kritikal yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan ekonomi, malah menjadikan Malaysia sebagai hab perkhidmatan latihan dan teknikal dunia bagi Huawei,” kata Timbalan Pengurus Negara Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, Sua Chek Hong. \r\r\n\n\n\n\n Beliau menyifatkan tenaga kerja tempatan kini adalah berkemahiran tinggi, mudah menyesuaikan diri dan kemahiran dalam pelbagai bahasa, dipuji atas kualiti berkenaan.\r“Kualiti itu menarik minat Huawei untuk meneruskan pelaburan dalam pembangunan bakat dan menjadikan Malaysia sebagai pusat pembangunan latihan dan teknikal global,” katanya pada Anugerah Biasiswa MSC Malaysia Huawei di Kuala Lumpur, semalam.\rUntuk tempoh seterusnya, beliau berkata, lebih banyak pelaburan dan kemudahan diwujudkan di Malaysia.\rSyarikat itu kini menyediakan sokongan infrastruktur rangkaian kepada penyedia telekomunikasi utama di Malaysia, selain memberi perkhidmatan kepada 45 daripada 50 operator telekom utama dunia.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Ketua Operasi MDeC, Ng Wan Peng, berkata usaha sama dengan Huawei akan memastikan bakat terlatih untuk menyokong pelaburan baru oleh perbadanan besar serta perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor komunikasi dan rangkaian pertumbuhan tinggi. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|