CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 110|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Krisis hutang jejas pasaran

[Copy link]
Post time 19-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Pelabur ambil sikap lebih berhati-hati, wujud tekanan jualan\rKRISIS hutang global yang terus berlarutan, menyaksikan harga saham ditutup dalam dagangan kecil secara menyeluruh di Bursa Malaysia semalam, kata peniaga.\r\n\n\n\n\r  Pada 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 14.67 mata lebih rendah kepada 1,562.58, dengan pelabur lebih berhati-hati dan enggan memasuki pasaran.\r\r\n\n\n\n\n  Tekanan jualan muncul akibat dilema hutang Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang memperlihatkan indeks dagangan dalam jajaran 1,561.97 dan 1,576.23 sepanjang hari.\rPeniaga berkata, krisis hutang yang semakin meningkat di kedua-dua belah Atlantik itu akan berterusan dan memberi tekanan besar ke atas petunjuk pasaran FBM KLCI.\rSementara itu, HwangDBS Vickers Research berkata, berdasarkan latar belakang luaran yang mudah terjejas itu, belum dapat dipastikan sama ada bursa tempatan mampu meraih kekuatan daripada pemangkin domestik pada minggu  akan datang.\r“Bagaimanapun, dengan risiko penurunan yang terhad, FBM KLCI mungkin mengambil masa untuk mencatat paras tinggi baru,” katanya dalam nota kajiannya semalam.\r\n\n\n\n\rPrestasi keseluruhan pasaran semalam, negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 646 berbanding 159 manakala 268 kaunter tidak berubah, 420 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.\rSejumlah 753.757 juta saham bernilai RM1.383 bilion diurusniagakan berbanding 697.71 juta saham bernilai RM1.43 bilion yang direkodkan pada Jumaat.\rIndeks Kewangan mencatat penurunan 153.479 mata kepada 14,703.91, Indeks Perusahaan turun 8.22 mata kepada 2,847.34 manakala Indeks Perladangan juga berkurangan 69.15 mata kepada 7,704.64.    \rIndeks Emas FTSE Bursa Malaysia susut 103.54 mata kepada 10,706.07, Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia turun 110.630 mata kepada 11,633.03 manakala Indeks Ace FTSE Bursa Malaysia susut 29.23 mata kepada 4,082.35.    \rPeneraju dengan jumlah dagangan tertinggi, DVM Technology, mencatat penambahan setengah sen kepada 12.5 sen, Hubline berkurangan setengah sen kepada 10 sen, CME Group rugi 19 sen kepada RM8.56 dan Kurnia Asia susut dua sen kepada 53.5 sen.\rAntara kaunter berwajaran tinggi, Maybank turun lima sen kepada RM8.82, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.06, manakala Sime Darby dan Axiata masing-masing mencatat penyusutan tiga sen kepada RM9.09 dan RM5.03.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 547.681 juta saham bernilai RM1.348 bilion berbanding 534.3 juta saham bernilai RM1.4 bilion yang direkodkan Jumaat lalu.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE mencatat peningkatan kepada 124.660 juta saham bernilai RM19.859 juta berbanding 71.91 juta unit bernilai RM12.54 juta yang dicatatkan sebelumnya.\rWaran susut kepada 78.166 juta saham bernilai RM12.599 juta berbanding 82.28 juta saham bernilai RM17.38 juta yang dicatatkan pada Jumaat.\rBarangan pengguna menyumbang sejumlah 41.585 juta saham yang diurusniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 82.215 juta, pembinaan 37.613 juta, perdagangan dan perkhidmatan 172.722 juta, teknologi 13.801 juta, infrastruktur 7.620 juta, kewangan 80.703 juta, hotel 454,300 juta, hartanah 80.206 juta, perladangan 15.939 juta, perlombongan 102,000, REIT  4.654 juta dan dana tertutup 63,000. –  BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.109100 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list