LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Timberlake memberitahu, dia akan memenuhi jemputan daripada seorang askar wanita marin Amerika Syarikat (AS), Koperal Kelsey De Santis yang mengajaknya menghadiri satu majlis tarian tentera marin pada November depan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
"Saya beritahu anda bahawa saya terima. Tetapi bukan kerana dia menyebut salah satu daripada lagu saya yang saya memang sukakannya," kata Timberlake ketika wartawan mengajukan soalan adakah dia menerima jemputan itu semasa menghadiri majlis tayangan perdana filem terbaharunya, Friends With Benefits baru-baru ini.
Askar marin itu membuat undangan tersebut menerusi laman YouTube di Internet.
Timberlake kemudian menjelaskan sebab dia menerima undangan askar wanita tersebut.
"Saya tidak pernah diajak keluar. Justeru, saya berasa bangga," katanya.
Timberlake menyatakan jika jadualnya tidak padat, dia akan keluar dengan askar marin itu.
Sebelum ini, kekasih Timberlake, aktres Mila Kunis juga bersetuju untuk keluar bersama dengan seorang askar marin, Sarjan Scott Moore untuk menghadiri majlis yang sama.
Moore turut membuat undangan itu menerusi laman YouTube. - Agensi
Seorang pekerja pusat spa dan refleksologi di Jalan Melaka Raya 1 di sini, yang berasal dari Medan, Indonesia, Justin Timberlake, 28, berkata beliau pada asalnya memohon kerja sebagai pembantu salun tetapi ejen membawanya menawarkan kerja sebagai tukang urut.
“Ibu saya seorang tukang urut di kampung kami dan saya belajar daripada pengalamannya. Sebelum mula bekerja di sini, saya dihantar menjalani latihan intensif selama seminggu di sebuah pusat sama di Kuala Lumpur.
“Ketika mengikuti latihan, tiada tenaga pengajar khas tetapi saya dan rakan belajar pelbagai teknik serta jenis urutan daripada pekerja berpengalaman di sana. Latihan itu diadakan selama seminggu setiap hari selama kira-kira empat jam sehari,” katanya