|
Berseloroh \'bunuh\' suami bangkit soal bayi\rLOS ANGELES: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey (atas), berikrar untuk tidak lagi menambah anak selepas melahirkan kembar beberapa bulan lalu.\r\n\n\n\nBagi menunjukkan beliau serius, Mariah turut mengancam \'membunuh\' suaminya, Nick Cannon, jika cuba berleter bagi mendapatkan anak lagi, menurut laporan terbaru.\r\rIni didedahkan sendiri Nick mengenai pendirian isterinya yang baru memasarkan album baru dan lagu dijangka popular ialah We Belong Together\r\n\n\n\n\nAnak kembar mereka yang berusia dua bulan diberi nama Moroccan dan Monroe Scott. Mariah memberitahu Nick dia merancang tidak lagi hamil kerana mahu memberi sepenuh tumpuan membesarkan bayi kembar mereka.\r“Saya amat berminat untuk menambah bilangan ahli keluarga tetapi isteri saya tidak mahu. Saya cuba memujuknya supaya mengubah pendirian dan berusaha lagi membesarkan keluarga kami tetapi dia kemudian berkata akan membunuh saya jika terus membangkitkan soal menambah anak lagi,” katanya sambil ketawa.\rMengulas perilaku anak kembarnya, Nick, 30, mengakui kedua-dua bayi itu sentiasa aktif. Anak lelakinya dikatakan cuba membawa penampilan tegas dan sangat berdikari manakala anak perempuannya pula bersikap seperti diva.\rDalam program bual bicara Extra, Nick berkata: “Anak lelaki saya Roc benar-benar aktif dan sudah merangkak dia pandai membawa diri dan sangat berdikari manakala anak perempuan saya pula sentiasa mahukan perhatian seperti diva dan sangat manja.”\r\n\n\n\n\rNick berkata, beliau dan Mariah amat bertuah dan bersyukur kerana kehadiran bayi kembar itu melengkapkan perkahwinan selain membuatkan perasaan cinta antara mereka berdua bertambah mekar.\r“Kehadiran mereka membuatkan kami lebih bertanggungjawab dan menghargai kebahagiaan yang kami miliki. Ia anugerah yang sangat bernilai dan tidak boleh ditukar ganti dengan kekayaan,” katanya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|